Rose

Sunday, 30 October 2011

Black pepper chicken chop

Dah lama nak kongsi ni dengan semua tapi setiap kali wat chicken chop, tak sempat nak amik gambar dah habis di jamah kaum kerabat. Tapi baru-baru ni Kelab Katering telah meminta bantuan saya untuk menunjukkan cara-cara menyediakan chicken chop untuk projek kelab diaorang. Jom kita tengok bahan-bahannya..


Black pepper chicken chop
  • 2 ketul ayam paha (dibuang tulangnya)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sb madu
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos lea & perin
Bahan untuk sos :
  • sos lada hitam (saya guna jenama zuza)
  • lada hitam yang ditumbuk kasar
  • cendawan butang
  • tepung jagung
* untuk goreng ayam saya guna tepung kentucky yang saya beli kat tesco

Cara penyediaan :
  • Semua bahan untuk perap ayam dikisar. Masa kisar tak perlu gunakan air. Boleh gunakan sos untuk kisar.
  • Cucuk peha ayam tadi menggunakan garpu bagi membantu bahan perap menyerap dalam isi ayam.
  • Perap ayam lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi sedap. Biasanya saya perap semalaman.
  • Biasanya sebelum menggoreng ayam saya kukus terlebih dahulu selama 3 minit. Bila kukus, cepat sikit masak. Hehehe...
  • Untuk menggoreng pula, celup ayam terlebih dahulu ke dalam telur yang telah di pukul kemudian golek pula dalam tepung kentucky.
  • Goreng sehingga masak.
  • Untuk kuahnya pula, masukkan sos lada hitam, air (ikut byk sos yang digunakan) selalunya sebotol sos, sebotol air. Kacau rata. Masak dengan api yang sederhana.
  • Cendawan dipotong nipis ikut kesukaan masing-masing.
  • Masukkan lada yang telah ditumbuk kedalam adunan kuah tadi beserta bancuhan air tepung untuk memekatkan kuah, jangan lupa masukkan cendawan yang telah dipotong tadi.
  • Untuk hidangan, tuang kuah ke atas ayam yang telah digoreng. Selamat mencuba!!!!!......



Monday, 17 October 2011

BuNgA-bUnGa CiNtA...

Sebenarnya nak kongsi dengan kengkawan. Hasil kerja keras masa ngaji ritu.. Sebenarnya seronok masa hasilkan cerpen ni coz masukkan sedikit cerita tentang diri sendiri so jadilah cerita yang tak seberapa ni... Tajuk tu ok tak? If nak beri apa-apa cadangan dipersilakan tapi yang nyata pensyarah cakap okkkkeeeeee......


            Dia termanggu di jendela. Merenung jauh, cuba mengimbas kembali kenangan suatu masa dulu. Pahit getir kehidupan yang telah dilalui. Kenangan yang sering mengundang suka duka dalam hidupnya. Dia tersenyum sendirian tatkala kenangan indah terpancar dilayar mindanya. Sedar tak sedar sudah sejam berlalu Natasya begitu. Nama yang cukup indah dan serasi dengan pemiliknya. Anak manja Datuk Nordin dan Datin Nora. Lamunannya terhenti bila telefon di meja berdering.
‘Tasya, nak balik pukul berapa sayang?, suara Datin Nora dihujung talian.
‘Sekejap lagi mama, Sya nak habiskan kerja ni. Nanti Sya balik, Natasya memberi alasan. 
‘Mama dengan papa nak ke rumah paklong. Tasya nak ikut tak?’,
‘Malasla mama, mama ngan papa jelah yang pergi. Sya ada hal’, sengaja memberi alasan. Natasya sebenarnya malas dengan bebelan maklongnya yang sibuk nak jodohkan Natasya dengan anak saudaranya. Tak habis-habis memuji padahal bukan Natasya tak tahu siapa Jefri sebenarnya. Buaya tembaga. Mana perempuan yang tak dikelek mana mak janda yang tak diusungnya. Maklong saja yang nampak Jefri baik. Itu pun sebab si buaya tu pandai berlakon, ngomel Natasya yang meluat dengan gelagat miang Jefri.

            Dia segera meneliti fail yang bertimbun di atas mejanya. Senarai semak pembekal, senarai produk, penyata bank semuanya harus diteliti satu persatu. Dah hampir 2 tahun pusat servis keretanya beroperasi. Perniagaan yang mendapat tentangan hebat dari papanya Datuk Nordin yang mahukan Natasya mengendalikan syarikat miliknya. Dua lagi abang Natasya bekerja dengannya, Nazri dan Nizam. Mereka juga sering memujuk Natasya untuk turut menyumbang tenaga dalam Syarikat Nadi Mega Berhad tapi ditolak oleh Natasya. Dia lebih selesa menjalankan perniagaannya sendiri. Nak tak nak Datuk Nordin sekeluarga terpaksa mengikut sahaja kehendak Natasya  yang terkenal dengan sikap keras kepalanya.

            Dua jam mengadap komputer, Natasya bercadang untuk melihat pekerjanya. Memang ramai pelanggan mereka hari ini. Tak menang tangan dibuatnya. Teringin nak membantu tapi dia ingat bebelan  dan ugutan papa sepanjang malam hanya kerana Natasya membantu pekerjanya memandu trak penunda menunda kereta rakan papanya ke bengkel. Papa mengugut akan pastikan pusat servisnya ditutup kalau Natasya pandu lagi trak penunda.

            Selesai melihat, dia ke bilik rehat. Pelanggan yang datang berpuas hati kerana bukan sahaja servisnya bagus dan cepat tapi layanan yang cukup memuaskan. Bilik menunggu yang disediakan siap dengan tv, peti sejuk beserta minuman untuk para pelanggan. Ruang menunggunya juga selesa. Surau juga disediakan untuk pelanggan muslim. Natasya sentiasa mahukan yang terbaik untuk pelanggannya. Ada seorang dua pelanggan di dalam. Pelanggan baru, ngomel Natasya. Dia sememangnya mengenali setiap pelanggan tetapnya. Itulah kelebihan Natasya yang cukup disenangi oleh para pelanggannya.

            Seorang lelaki berumur, mungkin sebaya papa dan seorang lagi agak muda. Mungkin muda atau hampir sebaya dengan abang Nizam, fikirnya. Pelanggannya yang berumur leka membaca bahan ilmiah yang terdapat dibilik menunggu tapi tidak yang seorang lagi. Matanya tidak lekang memerhatikan Natasya. Terpesona dengan keanggunan Natasya. Sudah acap kali dia mendengar tentang pusat servis ini dan pemiliknya tapi baru hari ini dia berkesempatan ke sini itu pun kerana Caldinanya meragam. Memang peluang baik. Natasya menghampiri peti sejuk. Sebotol ice lemon tea dicapainya. Hausnya tekak ni. Dia meneguk. Ah, lega rasanya. Pemuda tadi masih memerhati. Eh, mana pakcik tadi. Ke bilik air agaknya. Mata Natasya bertembung dengan mata pemuda tersebut. Pemuda tadi tertunduk. Alamak, macam mana boleh kantoi ni, rungutnya. Natasya hanya tersenyum. Mak ai, manisnya senyuman. Tak tidurla aku malam ni.
‘Saya Natasya, pemilik pusat servis ni, encik….. Natasya menyapa pemuda tersebut.
‘Saya Fardli. Cantik tempat ni ye. Servisnya pun bagus.. Fardli membalas sapaan Natasya.
‘Terima kasih. Saya minta diri dulu, belum solat asar. Encik nak solat, surau sebelah kiri. Nak basahkan tekak jangan segan-segan ye ambik dalam peti sejuk. Tak dikenakan bayaran, terang Natasya sebelum berlalu. Fardli memerhatikan langkah Natasya meninggalkannya. Sungguh terpesona. Manis bertudung. Tinggi lampai persis sang model. Tapi kenapa dia suka kerja lelaki.

            Hari ini hari minggu. Selesai solat subuh, Natasya dan papanya berjogging. Sudah jadi kebiasan mereka dua beranak. Jogging baik untuk kesihatan. Walaupun sudah berusia, Datuk Nordin tetap menjaga kesihatannya. Penat berjogging mereka berehat seketika dihalaman rumah sambil menyedut udara segar di pagi hari. Selalunya selepas mandi mereka akan sarapan bersama-sama. Dua lagi anak Datuk Nordin bersama isteri dan anak-anak mereka akan turut serta. Sudah jadi kelaziman keluarga mereka untuk berkumpul pada hari cuti.

            Turun ke ruang makan, Natasya sudah dapat menangkap suara jerit pekik anak-anak saudaranya. Riuh rendah bermain. Danish dan Dania Karmila anak abang longnya Nazri berkejar-kejaran dengan Hazreen anak abang ngahnya Nizam. Gelihati melihat gelagat mereka. Dia melangkah ke dapur. Tentu Kak Sherry isteri abang long dan Kak Hanna isteri abang ngah sibuk membantu mama siapkan makanan. Dari jauh sudah terhidu bau makanan menusuk ke hidung. Mmm… memang takde peluang nak diet kalau hari cuti. Mama mesti masak sedap-sedap punya.

            Selesai bersarapan Natasya membantu mama dan kakak-kakak iparnya berkemas. Papa dan dua abangnya rancak berborak di laman rumah. Fikirkan strategi nak majukan syarikat agaknya. Biarlah, asalkan papa tak minta aku tutup bengkel dan kerja dengan Nadi Mega Berhad sudah, rungutnya.
‘Mengelamun apa adik akak sorang ni, sergah Hanna sambil mencuit pinggang Natasya. Terperanjat Natasya.
‘Akak ni, nasib baik takde sakit jantung kalau tak dah jalan pun perempuan melayu terakhir dalam keluarga Datuk Nordin dan Datin Nora ni, ngomel Natasya disambut dengan gelak tawa mama dan Kak Sherry.
‘Mak usu, atok panggil, jerit Danish dari luar.
‘Ok, nanti mak usu keluar, balas Natasya.
 Natasya segera beredar mendapatkan papanya di luar.
‘Ada apa papa, tanya Natasya.
‘Tasya, dah fikir belum bila nak join our company?, Tanya Datuk Nordin. Soalan untuk sekian kalinya.
‘Papa, bagila masa untuk Tasya fikir. Tasya selesa dengan pusat servis Tasya. Lagipun Tasya memang ada sharekan dalam syarikat tu, jawab Natasya
‘Memangla adik ada share tapi kami nak adik pun bekerja bersama itu maksud papa, abang Nazrinya menyampuk.
‘Betul dik apa yang abang long cakap. Setakat share saja tak cukup apa yang kami perlukan komitmen adik pada syarikat, tambah Nizam memujuk adiknya. Dia memang menyokong niat adiknya untuk berdikari tapi bila fikirkan permintaan papa dia terpaksa akur. Papa tegas dalam membuat keputusan tapi bila dengan adiknya memang papa kalah. Datuk Nordin tidak boleh menghalang bila Natasya mampu buktikan yang dia boleh berjaya walaupun terpaksa berusaha sendiri.
‘Kalau takde pape, Tasya minta diri dulu ye. Janji dengan Wawa nak main tenis. Tasya pergi dulu ye, jelas Natasya sebelum beredar. Datuk Nordin hanya mampu menggelengkan kepala. Degil betul budak ni, ikut perangai siapa agaknya.

Penat juga bermain hari ini. Maklumlah sudah hampir dua minggu tak berlatih. Lenguh juga lengannya membalas pukulan Wawa. Mereka mengambil keputusan untuk berhenti bermain memandangkan panas semakin membahang.
‘Sya, kau perasan tak ada mamat kat sana tu asyik perhatikan kau dari tadi, Wawa bersuara.
‘Kau perasan je kot. Entah dia pandang ke lain kau cakap dia pandang aku, Natasya membalas.
‘Mata aku ni ok lagi la makcik oi! Memang dia pandang kau dari tadi lagi. Kawan kau agaknya, Wawa terus berbicara.
Natasya hanya membisu sambil membasah tekaknya yang kehausan. Bukan boleh layan minah sorang ni. Nanti melalut sampai ke malam pulak. Dia bersiap untuk segera beredar dari situ. Selepas ini dia dan Wawa bercadang untuk merehatkan diri sambil melakukan rawatan badan di Spa D’Aroma pula. Penat bekerja sekali-sekala manjakan diri tak ada salahnya.

Fardli hanya mampu memerhatikan Natasya dari jauh. Tak sangka mereka akan berjumpa lagi di gelanggang tenis hari ini. Selepas pulang dari pusat servis milik Natasya petang semalam, mindanya asyik teringatkan wajah ayu Natasya. Dan pagi ini, dia berpeluang lagi menatap wajah Natasya dari kejauhan. Matanya masih lagi memandang Natasya yang sedang berjalan ke keretanya.

            Selesai memanjakan diri, Natasya dan Wawa ambil keputusan untuk membeli-belah. KLCC menjadi lokasi pilihan. Memang sesak, tambahan hari minggu. Tengah ada jualan mega lagi. Peluang baik. Memborong sakan mereka berdua. Semua butik mereka masuk dan bila keluar pasti ada yang dibeli. Sedar tak sedar masa sudah menginjak ke senja. Natasya dan Wawa mengambil keputusan untuk pulang

Pagi itu Natasya mengenakan sepasang kurung sutera ungu hitam. Sungguh manis dan ayu. Ditambah pula dengan tudung hitam berjemeki. Memang padan dengan susuk tubuhnya yang tinggi lampai. Tengah hari nanti dia terpaksa menghadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah Nadi Mega Berhad. Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Natasya tak dapat mengelak. Dia harus menghadirinya. Malas nak bertekak dengan papa, jadi anak derhaka nanti.

            Dia tiba jam 9.30 pagi di pejabat Nadi Mega Berhad. Semasa berjalan masuk ke pejabat tanpa sedar dia terlanggar seseorang. Habis berterabur dokumen ditangan. Natasya tunduk untuk mengambil barangnya dilantai tanpa memandang gerangan yang dilanggarnya tadi. Namun mulutnya tetap menuturkan kata maaf atas kelalaiannya.
‘Awak ni tuan punya pusat servis dekat Kampung Baru tu kan,’ sapa lelaki yang dilanggar Natasya.
Natasya mendongakkan kepalanya. Eh mamat ni yang aku jumpa kat gelanggang tennis hari itu. Fardli menguntum senyum, tak sangka berjumpa lagi dengan gadis impiannya. Sejak terpandangkan Natasya tempoh hari hatinya sentiasa melekat pada wajah manis Natasya.
‘Maaf ye encik, saya tak perasan tadi. Nak cepat, minta diri dulu ye, Natasya cepat-cepat mengemaskan barangnya yang berselerak.

Sekali lagi Natasya terperanjat. Mamat tadi rupanya salah seorang dari ahli lembaga pengarah Nadi Mega Berhad. Kata abang Nizam, namanya Fardli. Baru dua bulan dilantik menjadi ahli lembaga pengarah. Semasa mesyuarat berlangsung, mata Fardli sering tertumpu ke arah Natasya. Terpegun benar dengan kemulusan wajah Natasya.

            Natasya pula kurang selesa dengan renungan Fardli. Memang tak dapat dinafikan Fardli seorang lelaki maskulin. Gaya dan penampilannya memang menarik. Badannya tegap serta susuk yang menawan. Jadi idaman setiap si dara. Ish.. takkan aku jatuh hati dengan mamat ni kot. Natasya malu sendiri.

            Selesai mesyuarat tengah hari itu Natasya segera pulang ke bengkelnya. Banyak kerja yang menunggu untuk diselesaikan. Beberapa dokumen dan juga cek untuk pembekal memerlukan tandatangannya. Dia leka menyelesaikan kerjanya tanpa disedari masa sudah menginjak ke petang. Tak sedar sudah seharian dia di pejabat menyelesaikan tugasan. Begitu cepat masa berlalu. Dia bersiap-siap untuk pulang. Badannya terasa penat dan letih. Alangkah nikmatnya kalau dapat merehatkan badan buat seketika. Dia mengomel sendirian.

            Selepas selesai menunaikan solat maghrib, Natasya menikmati hidangan makan malam bersama keluarganya. Masak lemak cili api ketam, sambal tumis udang, sotong tepung dan sayur campur memang cukup untuk membuatkan dia berselera makan. Masakan mama memang boleh kalahkan hidangan chef di hotel. Sedap dan menyelerakan.
‘Tasya, papa nak Tasya gantikan tempat papa ke perjumpaan dengan pelabur kita ke Langkawi minggu depan,’ Dato’ Nordin bersuara.
‘Minggu depan ke papa? Kenapa tak bagi abang Nizam atau abang Nazri je yang pergi,’balas Natasya mula mencari alasan.
‘Sebab papa nak suruh Tasya. Takpe, Fardli akan temankan Natasya. Lagipun dia akan terlibat sama dalam projek kita tu nanti.
Natasya mula mengerutkan dahi bila terdengar nama Fardli. Takkan dia nak teman aku. Papa ni biar betul. Takde orang lain ke yang nak teman. Datin Nora tersenyum melihat gelagat anak daranya. Ternyata ugutan suaminya menjadi kali ini. Natasya tidak membantah arahan papanya untuk ke Langkawi walaupun kurang bersetuju dengan ‘pasangannya’. Nak tak nak dia harus terima. Lagipun boleh juga bercuti.

            Mereka tiba di Lapangan Terbang Padang Mat Sirat Langkawi lewat petang itu. Kenderaan yang disediakan syarikat sudah siap menunggu. Mereka dibawa ke hotel penginapan, Awana Porto Malai. Lokasi yang pernah melakar sejarah kepada negara. Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor menamatkan pelayarannya di sini. Setelah mendapatkan kunci, mereka beredar ke bilik masing-masing untuk berehat. Mereka akan bertemu pelabur malam nanti.

            Perbincangan mereka malam itu berjalan lancar. Pelabur berpuashati dengan penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh Fardli. Tak sia-sia papa suruh dia datang. Natasya hanya sekali-sekala menyampuk perbincangan mereka. Esok dia bercadang untuk pusing-pusing melawat tempat menarik di sekitar pulau lagenda ini. Dah lama tak  berkunjung ke Langkawi.

            Pagi itu selepas selesai bersiap, pintu biliknya diketuk. Mesti mamat sebelah ni, apa yang dia nak pagi-pagi buta. Bebel  Natasya. Pintu bilik dibuka terjojol wajah Fardli didepan muka pintu. Menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup manis buat Natasya. Namun dibalas dengan wajah yang mencuka oleh Natasya.
‘Jom kita sarapan, lepas tu kita keluar jalan-jalan, Fardli terus menguntumkan senyuman. Buatla muka masam macam mana pun wajah awak tetap cantik sayang. Fardli bermonolog sendirian. Natasya tiada pilihan kecuali mengikut sahaja.
Selesai sarapan mereka membuat keputusan untuk ke Oriental Villages, mahu melihat panorama Pulau Langkawi dari atas Gunung Mat Cincang. Hati Natasya berbunga riang. Sudah lama dia berhajat hendak ke sini tapi kesibukan kerja menghalangnya. Menaiki cable car sehingga ke puncak gunung dan berpeluang melihat  pemandangan yang indah ditambah pula dengan udara yang segar sungguh mendamaikan. Hampir sejam mereka disitu. Natasya betul-betul terhibur.
Seharian mereka melawat sekitar Pulau Langkawi. Makam Mahsuri, Galeri Perdana, membeli-belah di Beras Terbakar. Fardli turut membelikan Natasya kain batik. Tersipu-sipu Natasya menerimanya.

            Tiga hari berada di Pulau Langkawi sememangnya meninggalkan kenangan yang cukup indah. Pelan-pelan hatinya sudah boleh menerima Fardli. Dia yakin lelaki itu turut menyukainya. Perlakuan Fardli membuktikannya. Sudah seminggu juga dia tidak bertemu teman baiknya Wawa. Tengah hari nanti mereka berjanji untuk makan bersama di Bandar Utama. Natasya menunggu Wawa di restoran Nando’s. Selesai makan mereka mengambil keputusan untuk berjalan - jalan sambil menjamu mata. Langkahnya tetiba terhenti bila terpandang gelagat pasangan yang sedang sibuk memilih cincin di dalam kedai emas tersebut. Lelaki itu memang cukup dikenali. Tiba-tiba hatinya sayu. Baru sebentar tadi dia berlagu riang menceritakan tentang kenangan manisnya di Pulau Langkawi kepada Wawa kini ia bagaikan lenyap dipukul ombak. Hatinya pilu. Siapa wanita disamping Fardli, lelaki yang mula bertapak dihatinya kini. Dia tidak sanggup melihatnya lagi lantas tangan Wawa ditarik lalu beredar dari situ.

            Sepanjang perjalanan airmatanya berjuraian. Baru terasa ingin mengasihi tapi kini hatinya sudah terluka. Wawa hanya membiarkan rakannya melayan perasaan. Terhenjut-henjut tubuh Natasya menahan tangis. Natasya berfikir mungkin itu adalah teman wanita Fardli. Agaknya sedang merancang untuk bertunang barang kali.

            Hampir seminggu Fardli cuba menghubungi Natasya tapi setiap panggilan telefonnya tidak dijawab. Mesejnya juga tidak berbalas. Dia mula runsing. Sakitkah dia. Hatinya mula berlagu bimbang. Hendak ditanya terus kepada Dato’ Nordin dia terasa segan. Bimbang disalah ertikan.

            Selesai sarapan pagi itu, Datin Nora memanggil Natasya. Dia mula risau dengan anak gadis kesayangannya. Asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Kadang mata tuanya sempat menangkap airmata yang mengalir di pipi anak gadisnya itu. Dulu Natasya seorang yang periang dan ceria namun sejak balik berjumpa Wawa sikapnya berubah. Sedangkan dia cukup gembira ketika pulang dari Pulau Langkawi.

            Kini tahulah puncanya kenapa Natasya berduka. Datin Nora hanya mampu tersenyum. Rupanya sudah ada bunga cinta dihati Natasya. Dia membiarkan sahaja Natasya melayan perasaannya. Petang nanti rumahnya bakal didatangi oleh teman lama suaminya. Mak Mah diminta menyediakan hidangan yang istimewa untuk tetamu suaminya itu.

            Petang itu seperti yang dijanjikan, teman lama suaminya tiba bersama keluarganya. Natasya hanya berkurung di dalam bilik. Masih bersedih. Rajuk berpanjangan. Fardli juga sudah tidak menghubunginya. Mungkin sudah jemu. Pintu biliknya diketuk. Muncul mama dimuka pintu. Minta dia bersiap dan turun bersalaman dengan tetamu. Natasya hanya menurut sahaja. Bimbang mama berkecil hati.

            Langkahnya tiba-tiba terhenti. Apa mamat ni buat kat sini. Saja nak sakitkan hati aku lagi ke? Ngomelnya. Mama merenung Natasya tajam. Natasya akur. Tangan isteri teman papa disalaminya.
‘Memang cantik bakal menantu saya ni ye Datin. Pandai Fardli pilih, Puan Sri Rogayah bersuara. Tergamam Natasya seketika. Menantu? Perempuan tu ada sekali ke? Tapi dia salam dengan aku. Natasya masih terpaku disitu. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.
‘Tasya, apa yang tercegat lagi kat situ. Pergi suruh Mak Mah siapkan minuman, Datin Nora bersuara. Natasya akhirnya tersedar dari lamunan. Dia segera beredar ke dapur. Macam tak percaya. 

            Selesai menikmati hidangan Natasya meminta diri untuk beredar ke halaman rumah. Papa dan mamanya masih lagi rancak berbual dengan Tan Sri Farid dan Puan Sri Rogayah. Fardli juga menyusulnya keluar. Tidak betah mencampuri urusan orang tuanya. Dia segera mendapatkan Natasya yang sedang leka memberi ikan makan.
‘Tasya marahkan Fardli ke sampai call tak berjawab, mesej tak reply?, tanyanya memulakan perbualan.
‘Tak baik tau merajuk dengan bakal suami, tambahnya lagi.
Bakal suami habis tu perempuan mana yang dikeleknya hari tu.
Tahulah Fardli kini Natasya berkecil hati dengannya kerana tenampak dia bersama perempuan lain sedangkan itu adalah sepupunya yang diminta untuk memilih cincin buat bakal isterinya gadis pujaan yang kini dihadapannya. Seminggu dia menanggung rindu mendengar suara Natasya.
‘Tak payah berkecil hati, sebenarnya perempuan yang Tasya nampak hari tu sepupu Fardli. Dia tolong pilihkan cincin untuk Tasya. Kalau ajak Tasya dah tak surprisela’, Fardli terus bersuara sedangkan Natasya tetap membisu. Tiba-tiba satu cubitan hinggap dilengan sasanya. Fardli mengaduh kesakitan. Natasya tersenyum puas. Nak surprise konon, kita dah separuh mati kecewa dengan awak senang-senang nak mainkan kita.
‘Kenapa cubit ni sayang, sakitla, Fardli bersuara.
‘Apa sayang-sayang. Siapa sayang awak, perasan,’ balas Natasya.
‘Betul awak tak sayang saya. Habis kenapa seminggu mogok. Sayang, sudi tak awak jadi isteri saya? Hidup bersama saya,
Tanpa sedar Natasya mengangguk. Fardli melompat keriangan. Dia menadah tangan tanda kesyukuran. Penantian yang tidak sia-sia. Mama, papa Tasya nak kahwin. Bunga-bunga cinta kian mekar dihatinya.

Macam mana, ok tak?.....







Saturday, 8 October 2011

Crispy puff lagi....

Testing, testing.. Minggu ni gila wat puff... Semalam wat puff lagi tapi letak kacang tumbuk... Masa bakar, wangi satu rumah. Mummy and daddy dok tunggu bila nak masak... Seronok sangat buat... Senang je. Janji ada kulit puff, kacang tumbuk, gula dah bleh jadi.

Ni resepinya.....

Kulit puff (jenama KAWAN)
1 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan mentega (cairkan)
Gula halus untuk hiasan

Cara membuatnya:
Potong 4 kulit puff. Kacang tumbuk campur dengan gula dan mentega cair. Kacau rata.  Letak kacang yang dicampur diatas kulit puff. Lipat kulit puff menjadi segi tiga. Bakar selama 10 minit dengan suhu 200' atau sehingga masak. Dah masak. letak dalam bekas ayakkan dengan gula halus... Selamat menjamu selera..




Saturday, 1 October 2011

Crispy Mini Puff..

Salam.... Dah lama tak berblog.... Rini nak kongsi resepi puff yang dah tertangguh agak lama... Kulit puff ni dah lama tersadai dalam peti sejuk.. Tapi petang semalam tekad jugak nak buat.. Maka jadilah puff mini yang tak seberapa ni... Jom tengok...

Bahan-bahan:
Kulit puff (Beli je yang dijual di Giant)
4 biji kentang
Daun sup
1/2 cawan bawang goreng
daging pepperoni
Mozarella cheese
3 sudu mentega
Garam
Lada sulah

Cara membuatnya :
Kentang direbus, jangan lupa letakkan sedikit garam. Lepas dah empuk lenyek kentang tadi, masukkan mentega, bawang goreng, lada sulah, daun sup yang telah dipotong. Gaulkan sehingga rata. Kulit puff dipotong 4 keping. Letakkan kentang lenyek tadi, pepperoni dan jangan lupa letakkan cheese. Kemudian temukan bucu seperti gambar dibawah. Dibakar pada suhu 200'c selama 10 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba... Cuma yang sedihnya, masa belum bakar bentuknya lain tapi bila dah masak jadi lain sebab kepingan puff terbuka. Tapi yang penting rasanya memang sedap.  



Cantikkan sebelum dibakar...



Nila hasilnya yang dah siap dibakar.... Sedap...


Wednesday, 10 August 2011

Rendang ayam

  Dah 10 hari kita berpuasa.. Sekejap je masa berlalu. Sekarang ramai yang dah berkira-kira tok persiapan hari raya. Tuanblog ni masih tak buat apa-apa persiapan pun. Macam tak caya kan. Semalam kakak yang keja TV3 call dia dah beli baju. Syukurla, ada gak sepasang. Kakak and abang yang lain lum lagi maklumkan dah beli ke belum... Hehehe... Ni la untunnye kalu jadi adik kecik. Ada gak habuan tiap kali Syawal walaupun dah bekerja and ada income sendiri.

  Sebut pase raye, tak sah kalu tak ada rendangkan? Rendang ayam kegemaran keluarga. Petang sebelum raya tiap-tiap tahun kitala yang kena dayung kawah siapkan rendang ayam 6-7 ekor. Tu pun hari raya kul 1 dah habis tinggal tulang je. Penat memang penat tapi kepuasan tu ada. Jom tengok resepinya kot2 leh jadi juadah raya ni..

Rendang ayam






1 ekor ayam (potong 12 or ikutla brapa yang suka)
10 ulas bawang putih *
2 inci halia *
10 batang serai *
6 ulas bawang merah *
2 inci lengkuas *
2 inci kunyit hidup *
6 biji cili kering *
10 biji cili padi *
Daun kunyit
Daun limau purut
4 sudu kerisik
Asam keping 
Garam
1 mangkuk santan pekat  
1 mangkuk santan cair ( untuk kedua-dua santan ni pake dalam 2 biji kelapa)

Cara buatnya :
 Kisar semua bahan bertanda *. Masak santan pekat sehingga pecah minyak. Cara macam ni buatkan rendang yang dimasak tahan lama. Bila dah pecah minyak masukkan bahan yang dikisar tadi sehingga bau wangi. Masukkan ayam, daun limau purut dan asam keping. Bila agak kering, masukkan santan cair, garam, kerisik dan daun kunyit. Reneh sehingga masak. Kalau suka berkuah tak perlu la masak sehingga kering. Selamat mencuba!

Tuesday, 9 August 2011

Kek coklat kukus

Kek ni buat masa birthday si kecik Mejan ritu. Tak sempat nak amik gambar masa sebiji. Dah kena potong. Takpe-takpe, yang penting rasanya... Tul tak?..





Kek Coklat Kukus

1 cawan minyak   *
1 cawan gula  *
1 cawan susu cair  *
1 cawan susu pekat  *
1 cawan serbuk coklat  *
1 1/2 cawan tepung gandum
Serbuk soda bikarbonat
2 biji telur

Cara :
Campurkan bahan yang bertanda * dan masak sehingga gula larut. Pukul telur kemudian masukkan ke dalam adunan yang telah dimasak. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama dengan serbuk soda bikarbonat. Masukkan ke dalam adunan tadi. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 40 hingga 45 minit. Dah masak boleh hidangkan. Senang sangat2... Tengah tengok Upin dan Ipin pun bleh buat. Betul, betul,betul........


 

Wednesday, 6 July 2011

Coklat muffin!!!!

   Hari ini operasi mengukus muffin bersama student... Sebenarnya dah lama bebenor berjanji ngan diaorang tapi sebab busy misi ni asyik postpone je.. Tapi lastweek memang nekad akan wat juga... Akhirnya dapatla dilaksanakan dengan jayanya. Memang fun and enjoy sangat2...


   Tapi gambar muffinnya takde, yang ada hanya chef2 yang giat menghasilkan muffin je... Sebenarnya, resepi ni pake resepi kek coklat kukus... Hehehe... Tapi murnikan lagi dengan paper cup and sedikit decoration... Okla, not bad... Jom layan...
Nak makan pun sempat possing... Kontrol2!!!!

Tadaa.... Ni la muffin kami!!!

Fatin malu2 kucing, Athira kontrol je...

Baiklah puan2 kita kukus muffiin ni 10 hingga 15 minit ye

Hanani tengah buat2 sibuk...

Monday, 4 July 2011

Puasa sunat....

    Hari ahad kitaorang wat nasi mendy... Makan dengan ayam panggang and dalca... Nak wat salatah tapi blender wat hal plak so tukarkan dengan air asam je.. Tu pun tetap sodap... Nasinya kami warnakan dengan 3 warna. Dah jadi nasi mendy versi hujan panas... Hehehe...


   Yang bestnya bos tumpang sekaki... Takpela, dapat gak dia merasa... So hari ni kita orang plan nak puasa... Leh gak kurangkan lemak-lemak yang ada sebab kita orang asyik masak je kat sekolah... Macam-macam menu hasil sumbangan beramai-ramai...


   Bila dah nama puasa, asal tengok benda makan je mesti nak beli or nak buat... So kat bawah ni la juadah berbuka hari ni. Kari ayam, bilis goreng, hati ayam goreng kacang, ikan goreng, ulam tu daddy punya, jeruk daun maman (xsuka, dah penah try tapi baru cecah mulut dah kua. Kua dia saja takpe ni habis kua yang lain. Last2 nasi yang dimakan tak habis) and dah tentula sambal belacan...



Sedapkan?..... ikan bilis tu beli kat Langkawi... Memang best... Goreng letak bawang, cili kering, daun sup. Nak best lagi tambah kentang... Perrrgggghhhh memang terangkat... Tapi goreng macam ni tak tahan lama, sebab sekejap je dah habis.... hehehe... Tak caye tryla....

Akhirnya.....

    Dah lama sangat nak wat trifle ni. Blog atie dah berpuluh kali buka tapi tak buat-buat jugak. Hari tu g fairy beli swiss roll tapi bahan len tak beli jugak. Akhirnya swiss roll tu dok je terperuk dalam freezer... Tapi hari ini, tanggal 4 Julai terciptalah sejarah akhirnya trifle yang diidam-idamkan  menjadi kenyataan. Tu pun sebab puasa... Hehehe... 

    Lepas sekolah kuar ngan budak-budak kelas g spital ziarah pelajar kelas yang kemalangan. Sedih, tak leh tengok lama-lama. 2 orang, girl lagi... Last 2 week dah sorang. Tu pun tak sempat g tengok coz kena ke maktab. Dok plan ngan budak-budak nak terjah rumah dia. Kua awal sebab nak g maxis return broadband yang diaorang anto. Lepas tu singgah TSB ang blila barang-barang tok trifle... Memang nekad nak wat jugak hari ni... Sambil tu beli juga makaroni kot2 rajin leh gak masak bawak ke sekolah... Nikmatnya kalu dapat kongsi makanan dengan kawan2...

   Lepas hantar je budak-budak balik asrama terus balik umah. Sampe je kat depan tengok-tengok abang ipar and anak buah yang KL ada. Balik makan buah. Si Fikri ni keja pompuan memang dia suka. Terus ajak dia laksanakan misi trifle. Memang nak le dia. Sambil dia tolong-tolong kacau sempat lagi memuji. Kiranye dalam kuarge kite maksu yang paling terer masakkan.... Ehhheeehhhh.... Malu dipuji camtu... Nanti adik balik nak suh mama buatla...
   
   6.30 dah siap masuk dalam freezer, tapi budak kenet ni tak sabar 5 minit sekali dia buka pintu peti ais nak tengok dah beku ke belum.... Adoiiiyaiiii..... Tapi yang pasti bila dah beku memang sedap sangat and menjadi... Tak sia-sia...

Jom intai gambar kat bawah ni........



 Ni hasilnya selepas betul-betul dah sejuk....



 Ikut resepi atie letak jus dekat lapisan kek, tapi gatai tukar. Orang gunakan jeli jugak... So lapisan kek tu dikukuhkan dengan jeli... Tapi rasanya memang superbbbb... Baru setengah jam beku, dah tinggal separuh... Si kenet tu siap tapau bawak balik umah toknya. Komplen plak tu, sikitla maksu...








Friday, 20 May 2011

Menjelma kembali.....

Sekian lama berdiam diri kerana kesibukan menghadapi praktikum... Sekarang dah ok sikit... Dah lepas seksaan.. Lepas ni exam pula menunggu, lepas tu merdeka!!! horeyyyyyy.............. Tak sabarnya... Dah banyak benda atau resepi yang dicuba tapi tak sempat nak kongsi.. Nak buka blog pun tak sempat jangan katakan nak update.....
Habis je maktab ni tak sabar nak bercuti.. Dah lama sangat takda nikmat bercuti.. Asyik ngaji je... Apa nak buat, dah memang tanggungjawab...
Sekarang dah bulan Mei lagi baper bulan nak sambut merdeka.. Nak kena fikir plak apa nak buat tahun ni last year camtum bendera tahun ni tak tahu la plak... Sesiapa ada idea tolong....... Blank ni...
Kat bawah ni ada gambar yang tahun lepas... jom tengok... Ni pun terjumpa lepas dok belek-belek laptop ni... Habit sebelum pejam mata... Hehehe... Layannnnnnnn....................
Tengok gambar ni betul2... Apa dah jadi ngan mata dak pait ni....

Siap ngan idung kembang lagi..

Jalur gemilang yang berkibar megah...
Warga SMAD......

Ni hasil tahun lepas, tahun ni tak tahu nak wat apa lagi.... Tolong bagi idea...

Saturday, 26 March 2011

Pizza!!!..

Hari khamis dapat tempahan dari Detektif Conan Bunga... Hehehe... Nama timangan tok si Nan... Nak pizza hari sabtu 1 biji saiz kecil.. Ingat nak tolak je coz sikit sangattt.... Bukannya tak sudi buat tapi setengah kilo tepung leh buat tok 3 biji pizza. 1 kecil and 2 large.. Kalu dia nak kecil je dah tu satu plak, susahla. Tapi mungkin dah rezeki, pagi tadi dapat call dari si Conan ni nak pizza 3 biji. 1 kecil and 2 besar... Wahhhh, selesai keje mak, nyah... Tak payah pening kepala lagi u...

Operasi mengadun doh bermula jam 12 tengah hari lepas tolong assistant chef gunting kain tok wat scallop bilik meting... Bahan2 lain dah memang ready.. Lepas uli, perap kejap dohnya dalam 45 minit sempatla tengok citer kat tv9.. Drama Calon Mertua lakonan Kartina Aziz. Seronok jugak... Lucu... Pukul 1.30 start mencanai dan misi membakar pizza pun bermula.. Baru je masuk pan pertama, Detektif Conan dah call tanya dah siap lum... Jawapannya tentulah tidak, baru je masuk oven... Janji ngan dia dalam 2.30... Memang tepat 2.30 3 biji pizza siap masak... Daddy plak kua masuk dapur... Nak tunggu pizza la tu tapi bancuh memang cukup2 tok tempahan je.. Tak lebih... Lepas ni kita wat len ye... Memang tak reti jemu...

Jom tengok pizza yang kite buat kat bawah ni.........
Ni large saiz....

Dah masak.... Baunya cukup menyelerakan... Satu rumah bleh bau... Bau jela rasa xbleh... Hehehe

Siap untuk tempahan... Large saiz punya....

Yang ni plak small saiz tapi besar dari small saiz pizza hut...

Dah siap tempahan ni leh la nak rehat sekejap... Pejamkan mata...

Friday, 25 March 2011

Roti badam....

Bangun pagi ni dok merencanakan petang ni try wat roti apa pulak.. Teringin nak wat pretzel tapi salah satu bahannya tak ada so terpaksalah abaikan... Memang sedihla jugak... Harap sangat cuti-cuti ni dapat wat pretzel... Dah lama tak makan pretzel.. Auntie Ann... Selalunya beli dekat Jusco Perda setiap kali ke maktab. Tu pun ke Jusco sebab nak belikan barangan wajib K.Shimah.. Tapi kali ni tak berkesempatan plak.. Jadual kelas terlalu padat... Puas belek bahan2, teringat nak wat roti badam... Ritu dah buat bawak bagi kengkawan rasa. Tak puas rasanya makan roti badam... Kali ni tukar sikit bahannye.. Kalu yang sebelum ni letak kismis kuning hari ni letak kismis hitam... Yang penting rasanya tetap sama..
Jom tengok bahan2nya...

Roti Badam

Bahan-Bahan
1 1/2 sudu teh yis kering aktif
1/4 cawan air suam
3/4 cawan mentega (dilembutkan)
1/3 cawan susu segar
1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula
4 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen badam
1 cawan kismis kuning
4 3/4 atau 5 cawan tepung gandum serbaguna
Cara Cara

  • Larutkan yis bersama air suam.
  • Bancuh yis yang sudah larut bersama mentega, gula, susu, garam, kuning telur, esen badam dan kismis.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan uli hingga menjadi doh.
  • Bubuh doh didalam mangkuk, tutup dengan kain dan biarkan doh selama satu jam sehingga naik sekali ganda.
  • Tumbuk doh dan bahagia dua.
  • Uli di atas papan canai yang bertepung.
  • Leperkan sebulat 20cm dan letakkan di atas dulang bulat.
  • Biarkan naik sekali ganda.


Bahan Hias Atas
1/3 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
1/2 cawan badam kisar
1 1/2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar mentega, dicairkan
1 biji putih telur, dipukul dengan sedikit air untuk mengglis
1/2 cawan badam hiris untuk menghias sedikit gula serbuk

Cara membuat Hias Atas
  • Pukul gula, esen vanila dan telur. Masukan badam kisar, tepung jagung dan mentega cair.
  • Sapu putih telur ke atas doh yang sudah naik dan ratakan bahan hias atas.
  • Tabur badam hiris dan bakar pada 180darjah C/ 360darjah F, selama 30minit sehingga kuning keemasan.
  • Ayak gula serbuk ke atas roti yang sudah sejuk.Potong sebelum dihidangkan.

Gambar sisi 

Dah siap.... Memang lembut dan sedap sangat dari yang mula buat dulu..


Cuma yang  geramnya kali ni berkerak and garing sikit... Puncanya Farhan!!!!!... Pesan suruh letak kat atas lepas pusing dulang... Sekali tengok dia pusing je tapi biarkan dekat bawah.. Memang sahla terlebih garing... Sebagai balasan kepalanya kena tunjal... Mujur lembut rotinya.... Memang puas buat... Cuba la... Sekejap je... Pastu sambil tengok tv minum dengan nescafe panas... Memang sedap sangat!

Sunday, 13 March 2011

Roti untuk Qilah and K.Shimah....

Semalam tido awal dengan harapan bangun awal and siapkan roti tok K.Shimah before ke Penang.. Sekali terjaga dah pukul 6 pagi. Tak sempatla citer dia... Kalu awal sure leh siapkan... Kul 8 bertolak sampe kat Bukit Mertajam 8.45pagi... Selesai apa yang patut then kul 10.15 bertolak balik... Sampe dekat town dah kul 11. Alas perut dulu kat Restoran Mama.. Then antar kawan kat umah dia. Balik rehatkan badan sekejap pastu mula operasi tok siapkan tempahan....

Roti yang belum dibakar....

Sebenarnya pusing doh ni banyak kali, tapi bila dah mengembang dia jadi macam ni la plak... Cam reben je....
Bila dah siap bakar macam ni la rupanya....
Emmm...... harap Qilah and K.Shimah berpuashati.... maklumla hamba budak baru belajar... Ewahhhhh.... Lepas ni kita buka kelas wat roti plak ye.... Adeh, nak kena tido awal. Sok dah nak berangkat... Meninggalkan oven selama seminggu.... Sayonara.... Huhuhu....


Saturday, 12 March 2011

Lepat bunga chi cha@chi chap...

Tak tahu mana satu betul tapi kitaorang memang panggil bunga chi chap.. Tapi semalam masuk paper Sinar dia tulis situ bunga chi cha.. Tak kisahla apa pun janji bunganya sama. Ingat lagi masa kecik2 dulu lepas subuh kitaorang ramai2 dengan sepupu2 merentas hutan tok cari bunga ni... Memang cantik sangat bila dia jatuh bertaburan dekat atas rumput dan pokok2 berdekatan. Rasanya sedap dan wangi.. Bila balik umah mummy amik bunga tu dan buang tangkainya.. Jemur sampe kering or terus je bland tok dijadikan ramuan lepat liat. Kalu jemur bleh simpan.. Wat serbuk. Kiranya lepas ni leh la wat lagi...

Ni la rupanya bunga chi cha@chi chap...

Yang tu dah siap dibuang tangkai oleh mummy.. Tiap2 pagi si Farhan nek motor g kutip kat tepi sungai... Pokok yang dulu2 kutip ngan kakak ang cousin tak tahula ada lagi ke tak... Dalam hutan, kena lalu kat kubur plak tu.. Pokok yang ni tepi jalan je.. Macam bunga sakura pun ade gak bentuknya..


Mummy nak jemur tok stok wat lepat nanti.. Abang2 and kakak2 memang suka makan lepat bunga. Tak perlu lagi letak gula merah, cuma letak gula putih je... Bunga ni dah bagi warna kat lepat tu.. Lepas habis buang tangkai, mummy suh amik daun pisang tok wat lepat. Kak wan pun mula parut kelapa tok masak kepala santan sampe pecah minyak...



Bunga chi chap yang dibland... Bunga yang segar, kalu yang jemur kering lagi senang tak payah bland sebab pake serbuk je.... Campur sekali ngan tepung pulut n kepala santan..


Bunga yang siap dibland.......

Campur sume bahan, maka jadilah adunan macam ni.. Apa lagi, sedialah untuk membungkus... Daun pisang jangan lupa.. Chef Wan kita dah makin advance sekarang, daun pisang tak payah layur api lagi, men iron ja... Hehe... cepat sikit... Dulu nak makan lepat punya la seksa. Mana nak kukur kelapa, dah tu nak layukan daun pisang nak kena nyalakan api besar. Bau asap api melekatkan kat badan tak payah cerita la.. Sekarang semuanya mudah...  Tekan plug je, semua siap...

Adunan lepat
Daun pisang untuk membungkus

Ok puan-puan, macam ni caranya nak bungkus lepat ye... Demo oleh Chef Wan... Hehehe..


Dah banyak nanti blehla kukus... Emmmmm yummy.... tak sabar nak tunggu masak....

Dah masak nanti blehla makan ngan nescafe panas... Uhhh mak ai... nikmat giler.... Sok nak p maktab nak bawak bekal la... 

Tadaaaa..... Ni la rupa lepat yang dah masak.... Sedapkan.... 2 lapis pengukus penuh dengan lepat tapi bangun pagi tadi tengok tinggal 1 lapis je lagi... Selapis lagi dah kena korban semalam...