Rose

Tuesday, 4 November 2014

Blog berabuk

Salam...
Lamanya tak mengupdate blog ni.. Mengupdate??? Bleh camtu ayat dia.. Cikgu BM kot.. Hahaha.. Xpe2, tengah pening sekarang ni.. Memusing je rasa. Mana nak marking paper, mana dengan asignment, mana dengan nak bawak budak pergi trip.. Pening kepala... Macam-macam benda nak kena buat nak kena fikir memang sakit jiwa rasa.

Dah tu dalam masa yang sama laptop pulak rosak. Mana tak rosaknya anak buah aku bantai wat aksi WWF habis rosak. Nak debik anak buah, last-last aku menangis gerammmmmm.... Pujuk rayu kat daddy aku last-last dapat gak tapi mummy aku guna kuasa veto dia suh abang aku bagi duit. Sebab daddy aku baru je kua duit bayar motor anak abang aku. Kira tukar ganti la. Best gak sekali sekala bermanja ngan abang... Dia masa mula tu macam kede ja.. Suh amik 1k.. Dah tu bagi atm kad kat aku, sekali g bank tengok ada manyaaaaakkkkkkk... Aku amik 2k terusla... Hahaha, senangnya dalam hati.... Dapat jugak akhirnya..

Ni la my new laptop
Sekarang dapatla cek update blog. Tambah cek juga admin untuk blog kampung... Orang kampung I celik it. Dok nunggu la I update blog.. Seronok tengok gambo ada dalam blog..

Oklah, nanti I berblog lagi ye.. Nak wat kerja jap.. Banyak nak update ni..