Rose


Monday 18 July 2016

Hujan dah turun...

Syukur alhamdulillah, hujan membasahi bumi hari ini. Cuaca redup dan sejuk je... Mata jangan cakaplah, buka n tutupnya sama saiz je...

Lama sangat xmengupdate blog.... Busy wehhhh...

Sekian....

Saturday 12 December 2015

Kek Lapis Mudah dan Sedap

Salam..
Cuti ni cek keja buat makan ja. Tadi cek baru siapkan kek lapis. Sangat mudah dan cepat. Buat dengan sedara.. Bangga sangat bila tengok hasil dia. Lepas ni blehla buat lagi..

Sebelum tu apa kata kita tengo bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkan kek lapis mudah ni...

Bahan-bahan :
15 biji telur
2 ketul butter (500gm)
200gm gula
300gm tepung superfine
1 sudu makan ovelete 
1/2 tin susu pekat
Perisa pandan
Pewarna merah dan hijau

Cara-cara :
Campur semua bahan (telur + tepung +gula + ovelete) pukul hingga rata. Guna mixer pada kelajuan paling tinggi. Masa ni kalu guna hand mixer bleh tengokla tepung bagai berterbangan. Dah sebati masukkan susu, ovelete dan butter. Pukul lagi. Masukkan perisa pandan. Gaul rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Lebih kurang 7 senduk kari. Letakkan pewarna merah satu bahagian then hijau satu bahagian. Sebelum tu amik lebih kurang 3 senduk adunan yang belum diletakkan pewarna dan masukkan dalam tin bersaiz 9 x 9 inci. 
Bakar pada suhu 230' selama lebih kurang 5-7 minit. Dah masak, kuarkan kemudian tekan lapisan yang dibakar tadi kemudian lapiskan dengan warna yang seterusnya secara bergilir2. Untuk lapisan 1 hingga 3 ni gunakan api atas dan bawah. Lapisan seterusnya gunakan api atas sahaja. Dan macam biasa tiap lapisan bakar 5-7 minit kemudia sebelum lapisankan dengan yang lain tekan terlebih dahulu.

Dah tahu bahan dan cara buatnya jom tengok gambo plak..

Campur semua bahan dan putar dengan menggunakan high speed



Lapisan pertama, warna asal


Setiap kali masak tekan sebelum dilapiskan dengan adunan seterusnya


Dah siap

Tadaaaaa.... Serius sedap...
Lepas ni nak try flavour lain plak. Memang puashati sebab menjadi. 


Friday 4 December 2015

Lepat Bunga Chicha

Selamat malam semua.....
Tengah buat apa tu? Ambo baru lepas melepat... Hahaha, pelik je bunyi dia. Baru lepas buat lepat bunga chicha. Dah penah post dulu sekali. Buat ni sekadar penuhi impian rakan sekerja yang teringin nak makan. Puncanya sebab dia menjengah blog ahkak ni ha. Nasibla kat umah ni ada stok bunga chicha yang dibuat serbuk. Kalu tak, tak dapat la nak nolong.

Petang tadi lepas asar terus buat operasi ngan kakak. Kopek kelapa, amik daun pisang, iron daun pisang. Haaaaa, kau hado wat cenggitu.. Punyala canggih daun pisang pun pake seterika xpayah pakai api bagai. Senang cerita. Kakak mesin kelapa siapkan santan yang nak dimasak hingga pecah minyak. So, taknak cakap banyak marilah kita tengok apa bahan yang diperlukan dan cara menyediakan lepat bunga chicha.

Resepi Lepat Bunga Chicha

Bahan-bahan :
1 kilo tepung pulut
5 biji kelapa
1/4 cawan gula
2 cawan Serbuk bungan chicha
2 sudu makan garam


Cara-cara :
Masak santan bersama garam hingga pecah minyak. Campur tepung pulut bersama gula dan serbuk bunga chicha hingga rata. Kemudian masukkan santan yang dimasak tadi. Gaul rata. Ambil 1 sudu adunan tepung tadi dan balut menggunakan daun pisang seperti silinder. Kukus hingga masak.. Macam mana nak tahu dah masak ke belum tengok daun dia dah mengelembung tu maknanya dah masak. Bolehla dihidangkan. Tapi hati-hati ya kalau makan masa masih panas2 takut melecur plak. 

Santan yang dimasak sehingga pecah minyak

Adunan tepung, bunga chicha, gula dan santan yang dimasak

Lepat bunga chicha yang siap dibungkus

Sedia untuk dikukus

Add caption

Periuk kukus made in Telennn....
Tak sabar nak tunggu lepat masak....

Thursday 3 December 2015

Cuti yang tak cuti

Apa kebenda la punya entri punya tajukkan.. Cuti yang tak cuti...
Tahun ni memang sangat melelahkan. Penat sangat rasa. Perlukan rehat. Tapi tahun ni langsung tak holiday ke mana-mana. Kalu ada pun sebab lawatan sekolah. Kalu berjimba-jimba dengan kawan memang nando... Beli tiket pun terpaksa batalkan.. 

Apa nak buat, dah nasib.. Tahun ni masih lagi jadi pentaksir. Dah tu dok study lagi. Comfirm la kena buat asignment bagaikan. Jadi pentaksir plak selain marking yang sekolah sendiri punya kena marking sekolah lain jugak. Kadang lewat malam pun masih kat skolah. Balik umah tu letak je badan terus nyenyak tidor..

Takda la rutin macam dulu ke spa manjakan diri ke hapa.. Cuma untungnya sekarang if badan penat sangat aku panggil org datang ngurut or facial kat rumah. Tapi tu pun jarang. 7 hari seminggu memang padat. Tambahan kalu minggu ada kelas. Sem ni plak kepala aku selalu jela sakit.. Kena pulak jadual sampai 10 malam. Dari USM nak sampe umah dah dekat kul 12 malam. Dah tu esoknya kerja pulak.. Memang sangat letih tapi cuba bertahan sebab lagi 2 tahun nak habis.. 

Dok berhajat before buka skolah nak juga pergi bercuti walaupun sekejap. Tenangkan fikiran ditempat orang. Nak shopping sebab tu la terapi yang paling berkesan tuk hilangkan tekanan dan kepenatan bekerja. Lagipun tu salah satu cara hargai diri bersengkang mata bekerja selama ini. Dah ada benda yang plan nak beli. Boleh juga guna nak masuk kerja tahun depan.

Pastu dok berangan la cuti ni nak turunkan berat badan. Sikit pun jadila.. Dapat gak pake baju best2..
Dah tu dok berangan nak ubah imej tahun depan. Cuma tudung tu masih lagi bawal rasanya. Dah memang tak boleh ubah dan bersebab. So tunggu dan lihat ye..

Ok, dah ngantuk..

Tuesday 1 December 2015

Kek Karot

Salam...
Lama xbersuakan... Mak sibuk sangat nyah.. Mana keja kat sekolah, dh tu sambung study lagi. Dengan asignment cek yang menimbun.. Celah-celah tu jadi pentaksir pulak.. Pening juga la nak membahagikan masa. Kadang buat kerja kat sekolah malam baru balik. Letih jangan cakapla.. Tapi apa nak buat dah tugas.. Penat atau tidak tetap kena buat jugak..

Dalam dok sibuk tu sempat juga curi2 masa membake sekejap.. Haaa, amik kau cikgu bm selamba ja campur aduk bahasa. Resepi yang nak kongsi kali ni ialah Kek Karot.. 3 kali mengedit baru dapat hasil yang memuaskan. Resepi cek google kat tenet ja.. So ada yang ditambah sendiri nak sedapkan lagi rasa. Tak ingat dah blog mana cedok resepi..

Kek Karot


Bahan-bahan yang diperlukan :

4 biji telur

3/4 cawan gula

1 cawan minyak sayuran

2 cawan tepung gandum (diayak)

1/2 sudu teh serbuk penaik (diayak)

1/2 sudu teh soda (diayak)

1 sudu teh garam (diayak)

1 1/2 cawan karot yang diparut

1/2 cawan badam cincang

1/2 cawan kismis 

4 sudu pati oren sunquick (pilihan)
Cara-cara :
Putar telur bersama bersama gula sehingga kembang. Masukkan minyak dan putar. Masukkan tepung yang diayak bersama soda, baking powder dan garam. Kaup balikkan sehingga rata. Kemudian masukkan karot parut, kismis dan badam. Gaulkan. Masukkan pati oren sunquick dan gaulkan. Masukkan ke dalam tin pembakar yang telah dioleskan dengan mentega. Bakar dengan suhu 180'c selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.. 
Cubala, bukan nak puji masakan sendiri. Tapi siyesssssss sedap. Dah banyak kali buat. 

Sebelum cuti hari tu ada la kawan kat sekolah ni dia dah nak bersalin. Teringin nak makan kek ni. So, ahkak buatkan. Nasib sempat makan. Dah selamat pun bersalin. Tahniah Paah.. Dapat boy..
Lepas ni nak try buat yang ada aising plak..

Monday 19 October 2015

Membeli belah dengan Go Shop

Ada TV boleh beli...
Mesti korang penah dengar tag line ni kan... Chanel 118 kat astro. Saluran yang memberi ruang untuk penonton membeli barang secara trus.. Samada melalui panggilan telefon atau website.. Memang sangat mudah dan alhamdulillah setakat ni memang sangat berpuashati dengan produk yang dibeli..

Semuanya bermula dengan permintaan my student yang nak beli My Qalam Digital Quran Pen. Bila dah register mula la  ngoder yang lain plak. Ada ja yang nak beli. Seronok membeli dengan Go Shop ni sebab sampai barang baru bayar. Best sangat. Kalau dulu beli barang online ken terkocoh-kocoh ke bank untuk bank in duit bagai sebab akak memang xda internet banking ni sebab jenis suka bli online. Takut jadi macam sorang kawan tu dok bersila atas katil ngadap laptop sedar2 habis duit gaji.

Jom tengok apa yang ai beli dengan Go Shop






Saturday 17 October 2015

Sibuk

Hahaha, macam takde tajuk lain nak buat entrykan.. Tapi itula hakikatnya..
Sibuk sangat2.. Tahun ni langsungla tak dapat pergi bercuti mana2..
Bulan 8 haritu sepatutnya terbang ke Vietnam tapi terpaksa batalkan sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan. Tak dapatla shopping kat Vietnam macam setiap tahun.

Tahun lepas ada la jugak bercuti bagai tahun ni nan do.... Kalau ada pun sebab lawatan sekolah je. Apa nak buat banyak tugas yang terpaksa dibuat. Mana dengan study lagi. Kadang nak pergi bercuti pun kena tengok hari gak takut kena hari kelas kat USM. Nanti tak pase2 monteng plak mak ni ha...
Pastu result tak gempak kau nak nangiskan..

Lepas ni dok pasang niat nak bernovel plak. Nak kembangkan bakat mengarang.. Hahaha, blog pun ke laut ada hati nak karang novel.. Tapi takpe yang penting niat tu ada. Moga-moga Allah berikan tahap kerajinan yang tinggi nanti. Memang minat sangat bab-bab mengarang ni. Dulu masa belajar selalu jugak la karangan ai jadi contoh... Bangga sekejap..

Ok, sekian sahaja laporan pada minggu ini. Jumpa lagi minggu hadapan... Hahahaha... Perasan sangat..