Rose

Tuesday, 1 December 2015

Kek Karot

Salam...
Lama xbersuakan... Mak sibuk sangat nyah.. Mana keja kat sekolah, dh tu sambung study lagi. Dengan asignment cek yang menimbun.. Celah-celah tu jadi pentaksir pulak.. Pening juga la nak membahagikan masa. Kadang buat kerja kat sekolah malam baru balik. Letih jangan cakapla.. Tapi apa nak buat dah tugas.. Penat atau tidak tetap kena buat jugak..

Dalam dok sibuk tu sempat juga curi2 masa membake sekejap.. Haaa, amik kau cikgu bm selamba ja campur aduk bahasa. Resepi yang nak kongsi kali ni ialah Kek Karot.. 3 kali mengedit baru dapat hasil yang memuaskan. Resepi cek google kat tenet ja.. So ada yang ditambah sendiri nak sedapkan lagi rasa. Tak ingat dah blog mana cedok resepi..

Kek Karot


Bahan-bahan yang diperlukan :

4 biji telur

3/4 cawan gula

1 cawan minyak sayuran

2 cawan tepung gandum (diayak)

1/2 sudu teh serbuk penaik (diayak)

1/2 sudu teh soda (diayak)

1 sudu teh garam (diayak)

1 1/2 cawan karot yang diparut

1/2 cawan badam cincang

1/2 cawan kismis 

4 sudu pati oren sunquick (pilihan)
Cara-cara :
Putar telur bersama bersama gula sehingga kembang. Masukkan minyak dan putar. Masukkan tepung yang diayak bersama soda, baking powder dan garam. Kaup balikkan sehingga rata. Kemudian masukkan karot parut, kismis dan badam. Gaulkan. Masukkan pati oren sunquick dan gaulkan. Masukkan ke dalam tin pembakar yang telah dioleskan dengan mentega. Bakar dengan suhu 180'c selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.. 
Cubala, bukan nak puji masakan sendiri. Tapi siyesssssss sedap. Dah banyak kali buat. 

Sebelum cuti hari tu ada la kawan kat sekolah ni dia dah nak bersalin. Teringin nak makan kek ni. So, ahkak buatkan. Nasib sempat makan. Dah selamat pun bersalin. Tahniah Paah.. Dapat boy..
Lepas ni nak try buat yang ada aising plak..

No comments:

Post a Comment