Rose

Friday, 4 December 2015

Lepat Bunga Chicha

Selamat malam semua.....
Tengah buat apa tu? Ambo baru lepas melepat... Hahaha, pelik je bunyi dia. Baru lepas buat lepat bunga chicha. Dah penah post dulu sekali. Buat ni sekadar penuhi impian rakan sekerja yang teringin nak makan. Puncanya sebab dia menjengah blog ahkak ni ha. Nasibla kat umah ni ada stok bunga chicha yang dibuat serbuk. Kalu tak, tak dapat la nak nolong.

Petang tadi lepas asar terus buat operasi ngan kakak. Kopek kelapa, amik daun pisang, iron daun pisang. Haaaaa, kau hado wat cenggitu.. Punyala canggih daun pisang pun pake seterika xpayah pakai api bagai. Senang cerita. Kakak mesin kelapa siapkan santan yang nak dimasak hingga pecah minyak. So, taknak cakap banyak marilah kita tengok apa bahan yang diperlukan dan cara menyediakan lepat bunga chicha.

Resepi Lepat Bunga Chicha

Bahan-bahan :
1 kilo tepung pulut
5 biji kelapa
1/4 cawan gula
2 cawan Serbuk bungan chicha
2 sudu makan garam


Cara-cara :
Masak santan bersama garam hingga pecah minyak. Campur tepung pulut bersama gula dan serbuk bunga chicha hingga rata. Kemudian masukkan santan yang dimasak tadi. Gaul rata. Ambil 1 sudu adunan tepung tadi dan balut menggunakan daun pisang seperti silinder. Kukus hingga masak.. Macam mana nak tahu dah masak ke belum tengok daun dia dah mengelembung tu maknanya dah masak. Bolehla dihidangkan. Tapi hati-hati ya kalau makan masa masih panas2 takut melecur plak. 

Santan yang dimasak sehingga pecah minyak

Adunan tepung, bunga chicha, gula dan santan yang dimasak

Lepat bunga chicha yang siap dibungkus

Sedia untuk dikukus

Add caption

Periuk kukus made in Telennn....
Tak sabar nak tunggu lepat masak....

2 comments:

  1. Assalam...k.Ros..sy duk joho... Bole x sy beli serbuk bunga chi cha kt k.Ros...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada ni no phone sy 0124602141.. Suami sy ngidam nk mkn..tp xtau nak cr Mana..😁

      Delete