Rose

Thursday, 3 December 2015

Cuti yang tak cuti

Apa kebenda la punya entri punya tajukkan.. Cuti yang tak cuti...
Tahun ni memang sangat melelahkan. Penat sangat rasa. Perlukan rehat. Tapi tahun ni langsung tak holiday ke mana-mana. Kalu ada pun sebab lawatan sekolah. Kalu berjimba-jimba dengan kawan memang nando... Beli tiket pun terpaksa batalkan.. 

Apa nak buat, dah nasib.. Tahun ni masih lagi jadi pentaksir. Dah tu dok study lagi. Comfirm la kena buat asignment bagaikan. Jadi pentaksir plak selain marking yang sekolah sendiri punya kena marking sekolah lain jugak. Kadang lewat malam pun masih kat skolah. Balik umah tu letak je badan terus nyenyak tidor..

Takda la rutin macam dulu ke spa manjakan diri ke hapa.. Cuma untungnya sekarang if badan penat sangat aku panggil org datang ngurut or facial kat rumah. Tapi tu pun jarang. 7 hari seminggu memang padat. Tambahan kalu minggu ada kelas. Sem ni plak kepala aku selalu jela sakit.. Kena pulak jadual sampai 10 malam. Dari USM nak sampe umah dah dekat kul 12 malam. Dah tu esoknya kerja pulak.. Memang sangat letih tapi cuba bertahan sebab lagi 2 tahun nak habis.. 

Dok berhajat before buka skolah nak juga pergi bercuti walaupun sekejap. Tenangkan fikiran ditempat orang. Nak shopping sebab tu la terapi yang paling berkesan tuk hilangkan tekanan dan kepenatan bekerja. Lagipun tu salah satu cara hargai diri bersengkang mata bekerja selama ini. Dah ada benda yang plan nak beli. Boleh juga guna nak masuk kerja tahun depan.

Pastu dok berangan la cuti ni nak turunkan berat badan. Sikit pun jadila.. Dapat gak pake baju best2..
Dah tu dok berangan nak ubah imej tahun depan. Cuma tudung tu masih lagi bawal rasanya. Dah memang tak boleh ubah dan bersebab. So tunggu dan lihat ye..

Ok, dah ngantuk..

No comments:

Post a Comment