Salam..
Cuti ni cek keja buat makan ja. Tadi cek baru siapkan kek lapis. Sangat mudah dan cepat. Buat dengan sedara.. Bangga sangat bila tengok hasil dia. Lepas ni blehla buat lagi..
Sebelum tu apa kata kita tengo bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkan kek lapis mudah ni...
Bahan-bahan :
15 biji telur
2 ketul butter (500gm)
200gm gula
300gm tepung superfine
1 sudu makan ovelete
1/2 tin susu pekat
Perisa pandan
Pewarna merah dan hijau
Cara-cara :
Campur semua bahan (telur + tepung +gula + ovelete) pukul hingga rata. Guna mixer pada kelajuan paling tinggi. Masa ni kalu guna hand mixer bleh tengokla tepung bagai berterbangan. Dah sebati masukkan susu, ovelete dan butter. Pukul lagi. Masukkan perisa pandan. Gaul rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Lebih kurang 7 senduk kari. Letakkan pewarna merah satu bahagian then hijau satu bahagian. Sebelum tu amik lebih kurang 3 senduk adunan yang belum diletakkan pewarna dan masukkan dalam tin bersaiz 9 x 9 inci.
Bakar pada suhu 230' selama lebih kurang 5-7 minit. Dah masak, kuarkan kemudian tekan lapisan yang dibakar tadi kemudian lapiskan dengan warna yang seterusnya secara bergilir2. Untuk lapisan 1 hingga 3 ni gunakan api atas dan bawah. Lapisan seterusnya gunakan api atas sahaja. Dan macam biasa tiap lapisan bakar 5-7 minit kemudia sebelum lapisankan dengan yang lain tekan terlebih dahulu.
Dah tahu bahan dan cara buatnya jom tengok gambo plak..
![]() |
Campur semua bahan dan putar dengan menggunakan high speed |
![]() |
Lapisan pertama, warna asal |
![]() |
Setiap kali masak tekan sebelum dilapiskan dengan adunan seterusnya |
![]() |
Dah siap |
![]() |
Tadaaaaa.... Serius sedap... |
No comments:
Post a Comment