Rose

Saturday, 23 June 2012

Musim buah dah tiba

     Pejam celik pejam celik musim buah dah tiba. Buah rambutan sedang masak elok. Durian pun dah mula luruh tapi biasala buah awal banyak yang kurang elok. Kena pulak masa ribut hari tu dekat 2 kereta sorong buah durian yang dipulasnya. Sayang sangat kena pulak buahnya memang best lemak berkrim.
    
Hampir keseluruhan dah masak

Kalau macam ni punya masak memang sedap, takla manis sangat





Tadaa... Durian pun dah mula luruh tapi kurang elok..


Thursday, 14 June 2012

Dumpling

Annyasayoo.... Hari ni nak berkongsi resepi wat dumpling hasil permintaan seorang akak kat sekolah tu. Dah banyak kali projek dumpling ni dilaksanakan disekolah tapi tak sempat nak berkongsi resepi lagi. Jom pakat intai resepi kat bawah.

Dumpling

Bahan-bahan :
500gm daging kisar (selalunya ikut resepi letak isi udang tapi kita pakai daging kisar)
1 batang karet (didadu halus)
2 biji kentang (rebus dan lenyek)
Daun sup
Lada sulah
Garam
Bawang goreng (ikut citarasa masing-masing)
Cendawan butang (dipotong dadu)
 Kulit dumpling (boleh diperolehi di pasaraya Giant)
Bancuhan tepung jagung (untuk disapu pada kulit dumpling semasa proses kelepet nanti)

Cara-caranya:
Campurkan daging kisar, kentang yang dilenyek, karet, daun sup, cendawan, garam, bawang goreng dan lada sulah. Gaul sebati. Amik kulit dumpling letakkan inti dalam 1 sudu makan atau ikut citarasa masing-masing. Mungkin ada yang nak letak banyak isinya. Sapukan bancuhan tepung jagung ditepi. Fungsinya untuk melekatkan kulit dumpling tadi. Kemudian kelepet kulit dumpling seperti karipap. Kukus atau rebus sehingga masak. Letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Dumpling yang dag masak sedap dimakan dengan sup. Tambah kalu letak sos kicap cili api. Perggghhhh terangkat... Korea versi melayu.. Hehehe..

 
Inila rupanya kulit dumpling
 


Rupa dumpling yang dah siap diisi dengan inti. Siap untuk direbus atau kukus..



Ni rupanya dumpling yang dah siap dikukus atau rebus



Siap dihidangkan bersama sup dan sos kicap. Goreng pun sodap.. Lepas tu cicah dengan sos Thai, pasti menjilat jari... Yummmyyyyyy....