Rose

Sunday, 30 October 2011

Black pepper chicken chop

Dah lama nak kongsi ni dengan semua tapi setiap kali wat chicken chop, tak sempat nak amik gambar dah habis di jamah kaum kerabat. Tapi baru-baru ni Kelab Katering telah meminta bantuan saya untuk menunjukkan cara-cara menyediakan chicken chop untuk projek kelab diaorang. Jom kita tengok bahan-bahannya..


Black pepper chicken chop
  • 2 ketul ayam paha (dibuang tulangnya)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sb madu
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos lea & perin
Bahan untuk sos :
  • sos lada hitam (saya guna jenama zuza)
  • lada hitam yang ditumbuk kasar
  • cendawan butang
  • tepung jagung
* untuk goreng ayam saya guna tepung kentucky yang saya beli kat tesco

Cara penyediaan :
  • Semua bahan untuk perap ayam dikisar. Masa kisar tak perlu gunakan air. Boleh gunakan sos untuk kisar.
  • Cucuk peha ayam tadi menggunakan garpu bagi membantu bahan perap menyerap dalam isi ayam.
  • Perap ayam lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi sedap. Biasanya saya perap semalaman.
  • Biasanya sebelum menggoreng ayam saya kukus terlebih dahulu selama 3 minit. Bila kukus, cepat sikit masak. Hehehe...
  • Untuk menggoreng pula, celup ayam terlebih dahulu ke dalam telur yang telah di pukul kemudian golek pula dalam tepung kentucky.
  • Goreng sehingga masak.
  • Untuk kuahnya pula, masukkan sos lada hitam, air (ikut byk sos yang digunakan) selalunya sebotol sos, sebotol air. Kacau rata. Masak dengan api yang sederhana.
  • Cendawan dipotong nipis ikut kesukaan masing-masing.
  • Masukkan lada yang telah ditumbuk kedalam adunan kuah tadi beserta bancuhan air tepung untuk memekatkan kuah, jangan lupa masukkan cendawan yang telah dipotong tadi.
  • Untuk hidangan, tuang kuah ke atas ayam yang telah digoreng. Selamat mencuba!!!!!......



Monday, 17 October 2011

BuNgA-bUnGa CiNtA...

Sebenarnya nak kongsi dengan kengkawan. Hasil kerja keras masa ngaji ritu.. Sebenarnya seronok masa hasilkan cerpen ni coz masukkan sedikit cerita tentang diri sendiri so jadilah cerita yang tak seberapa ni... Tajuk tu ok tak? If nak beri apa-apa cadangan dipersilakan tapi yang nyata pensyarah cakap okkkkeeeeee......


            Dia termanggu di jendela. Merenung jauh, cuba mengimbas kembali kenangan suatu masa dulu. Pahit getir kehidupan yang telah dilalui. Kenangan yang sering mengundang suka duka dalam hidupnya. Dia tersenyum sendirian tatkala kenangan indah terpancar dilayar mindanya. Sedar tak sedar sudah sejam berlalu Natasya begitu. Nama yang cukup indah dan serasi dengan pemiliknya. Anak manja Datuk Nordin dan Datin Nora. Lamunannya terhenti bila telefon di meja berdering.
‘Tasya, nak balik pukul berapa sayang?, suara Datin Nora dihujung talian.
‘Sekejap lagi mama, Sya nak habiskan kerja ni. Nanti Sya balik, Natasya memberi alasan. 
‘Mama dengan papa nak ke rumah paklong. Tasya nak ikut tak?’,
‘Malasla mama, mama ngan papa jelah yang pergi. Sya ada hal’, sengaja memberi alasan. Natasya sebenarnya malas dengan bebelan maklongnya yang sibuk nak jodohkan Natasya dengan anak saudaranya. Tak habis-habis memuji padahal bukan Natasya tak tahu siapa Jefri sebenarnya. Buaya tembaga. Mana perempuan yang tak dikelek mana mak janda yang tak diusungnya. Maklong saja yang nampak Jefri baik. Itu pun sebab si buaya tu pandai berlakon, ngomel Natasya yang meluat dengan gelagat miang Jefri.

            Dia segera meneliti fail yang bertimbun di atas mejanya. Senarai semak pembekal, senarai produk, penyata bank semuanya harus diteliti satu persatu. Dah hampir 2 tahun pusat servis keretanya beroperasi. Perniagaan yang mendapat tentangan hebat dari papanya Datuk Nordin yang mahukan Natasya mengendalikan syarikat miliknya. Dua lagi abang Natasya bekerja dengannya, Nazri dan Nizam. Mereka juga sering memujuk Natasya untuk turut menyumbang tenaga dalam Syarikat Nadi Mega Berhad tapi ditolak oleh Natasya. Dia lebih selesa menjalankan perniagaannya sendiri. Nak tak nak Datuk Nordin sekeluarga terpaksa mengikut sahaja kehendak Natasya  yang terkenal dengan sikap keras kepalanya.

            Dua jam mengadap komputer, Natasya bercadang untuk melihat pekerjanya. Memang ramai pelanggan mereka hari ini. Tak menang tangan dibuatnya. Teringin nak membantu tapi dia ingat bebelan  dan ugutan papa sepanjang malam hanya kerana Natasya membantu pekerjanya memandu trak penunda menunda kereta rakan papanya ke bengkel. Papa mengugut akan pastikan pusat servisnya ditutup kalau Natasya pandu lagi trak penunda.

            Selesai melihat, dia ke bilik rehat. Pelanggan yang datang berpuas hati kerana bukan sahaja servisnya bagus dan cepat tapi layanan yang cukup memuaskan. Bilik menunggu yang disediakan siap dengan tv, peti sejuk beserta minuman untuk para pelanggan. Ruang menunggunya juga selesa. Surau juga disediakan untuk pelanggan muslim. Natasya sentiasa mahukan yang terbaik untuk pelanggannya. Ada seorang dua pelanggan di dalam. Pelanggan baru, ngomel Natasya. Dia sememangnya mengenali setiap pelanggan tetapnya. Itulah kelebihan Natasya yang cukup disenangi oleh para pelanggannya.

            Seorang lelaki berumur, mungkin sebaya papa dan seorang lagi agak muda. Mungkin muda atau hampir sebaya dengan abang Nizam, fikirnya. Pelanggannya yang berumur leka membaca bahan ilmiah yang terdapat dibilik menunggu tapi tidak yang seorang lagi. Matanya tidak lekang memerhatikan Natasya. Terpesona dengan keanggunan Natasya. Sudah acap kali dia mendengar tentang pusat servis ini dan pemiliknya tapi baru hari ini dia berkesempatan ke sini itu pun kerana Caldinanya meragam. Memang peluang baik. Natasya menghampiri peti sejuk. Sebotol ice lemon tea dicapainya. Hausnya tekak ni. Dia meneguk. Ah, lega rasanya. Pemuda tadi masih memerhati. Eh, mana pakcik tadi. Ke bilik air agaknya. Mata Natasya bertembung dengan mata pemuda tersebut. Pemuda tadi tertunduk. Alamak, macam mana boleh kantoi ni, rungutnya. Natasya hanya tersenyum. Mak ai, manisnya senyuman. Tak tidurla aku malam ni.
‘Saya Natasya, pemilik pusat servis ni, encik….. Natasya menyapa pemuda tersebut.
‘Saya Fardli. Cantik tempat ni ye. Servisnya pun bagus.. Fardli membalas sapaan Natasya.
‘Terima kasih. Saya minta diri dulu, belum solat asar. Encik nak solat, surau sebelah kiri. Nak basahkan tekak jangan segan-segan ye ambik dalam peti sejuk. Tak dikenakan bayaran, terang Natasya sebelum berlalu. Fardli memerhatikan langkah Natasya meninggalkannya. Sungguh terpesona. Manis bertudung. Tinggi lampai persis sang model. Tapi kenapa dia suka kerja lelaki.

            Hari ini hari minggu. Selesai solat subuh, Natasya dan papanya berjogging. Sudah jadi kebiasan mereka dua beranak. Jogging baik untuk kesihatan. Walaupun sudah berusia, Datuk Nordin tetap menjaga kesihatannya. Penat berjogging mereka berehat seketika dihalaman rumah sambil menyedut udara segar di pagi hari. Selalunya selepas mandi mereka akan sarapan bersama-sama. Dua lagi anak Datuk Nordin bersama isteri dan anak-anak mereka akan turut serta. Sudah jadi kelaziman keluarga mereka untuk berkumpul pada hari cuti.

            Turun ke ruang makan, Natasya sudah dapat menangkap suara jerit pekik anak-anak saudaranya. Riuh rendah bermain. Danish dan Dania Karmila anak abang longnya Nazri berkejar-kejaran dengan Hazreen anak abang ngahnya Nizam. Gelihati melihat gelagat mereka. Dia melangkah ke dapur. Tentu Kak Sherry isteri abang long dan Kak Hanna isteri abang ngah sibuk membantu mama siapkan makanan. Dari jauh sudah terhidu bau makanan menusuk ke hidung. Mmm… memang takde peluang nak diet kalau hari cuti. Mama mesti masak sedap-sedap punya.

            Selesai bersarapan Natasya membantu mama dan kakak-kakak iparnya berkemas. Papa dan dua abangnya rancak berborak di laman rumah. Fikirkan strategi nak majukan syarikat agaknya. Biarlah, asalkan papa tak minta aku tutup bengkel dan kerja dengan Nadi Mega Berhad sudah, rungutnya.
‘Mengelamun apa adik akak sorang ni, sergah Hanna sambil mencuit pinggang Natasya. Terperanjat Natasya.
‘Akak ni, nasib baik takde sakit jantung kalau tak dah jalan pun perempuan melayu terakhir dalam keluarga Datuk Nordin dan Datin Nora ni, ngomel Natasya disambut dengan gelak tawa mama dan Kak Sherry.
‘Mak usu, atok panggil, jerit Danish dari luar.
‘Ok, nanti mak usu keluar, balas Natasya.
 Natasya segera beredar mendapatkan papanya di luar.
‘Ada apa papa, tanya Natasya.
‘Tasya, dah fikir belum bila nak join our company?, Tanya Datuk Nordin. Soalan untuk sekian kalinya.
‘Papa, bagila masa untuk Tasya fikir. Tasya selesa dengan pusat servis Tasya. Lagipun Tasya memang ada sharekan dalam syarikat tu, jawab Natasya
‘Memangla adik ada share tapi kami nak adik pun bekerja bersama itu maksud papa, abang Nazrinya menyampuk.
‘Betul dik apa yang abang long cakap. Setakat share saja tak cukup apa yang kami perlukan komitmen adik pada syarikat, tambah Nizam memujuk adiknya. Dia memang menyokong niat adiknya untuk berdikari tapi bila fikirkan permintaan papa dia terpaksa akur. Papa tegas dalam membuat keputusan tapi bila dengan adiknya memang papa kalah. Datuk Nordin tidak boleh menghalang bila Natasya mampu buktikan yang dia boleh berjaya walaupun terpaksa berusaha sendiri.
‘Kalau takde pape, Tasya minta diri dulu ye. Janji dengan Wawa nak main tenis. Tasya pergi dulu ye, jelas Natasya sebelum beredar. Datuk Nordin hanya mampu menggelengkan kepala. Degil betul budak ni, ikut perangai siapa agaknya.

Penat juga bermain hari ini. Maklumlah sudah hampir dua minggu tak berlatih. Lenguh juga lengannya membalas pukulan Wawa. Mereka mengambil keputusan untuk berhenti bermain memandangkan panas semakin membahang.
‘Sya, kau perasan tak ada mamat kat sana tu asyik perhatikan kau dari tadi, Wawa bersuara.
‘Kau perasan je kot. Entah dia pandang ke lain kau cakap dia pandang aku, Natasya membalas.
‘Mata aku ni ok lagi la makcik oi! Memang dia pandang kau dari tadi lagi. Kawan kau agaknya, Wawa terus berbicara.
Natasya hanya membisu sambil membasah tekaknya yang kehausan. Bukan boleh layan minah sorang ni. Nanti melalut sampai ke malam pulak. Dia bersiap untuk segera beredar dari situ. Selepas ini dia dan Wawa bercadang untuk merehatkan diri sambil melakukan rawatan badan di Spa D’Aroma pula. Penat bekerja sekali-sekala manjakan diri tak ada salahnya.

Fardli hanya mampu memerhatikan Natasya dari jauh. Tak sangka mereka akan berjumpa lagi di gelanggang tenis hari ini. Selepas pulang dari pusat servis milik Natasya petang semalam, mindanya asyik teringatkan wajah ayu Natasya. Dan pagi ini, dia berpeluang lagi menatap wajah Natasya dari kejauhan. Matanya masih lagi memandang Natasya yang sedang berjalan ke keretanya.

            Selesai memanjakan diri, Natasya dan Wawa ambil keputusan untuk membeli-belah. KLCC menjadi lokasi pilihan. Memang sesak, tambahan hari minggu. Tengah ada jualan mega lagi. Peluang baik. Memborong sakan mereka berdua. Semua butik mereka masuk dan bila keluar pasti ada yang dibeli. Sedar tak sedar masa sudah menginjak ke senja. Natasya dan Wawa mengambil keputusan untuk pulang

Pagi itu Natasya mengenakan sepasang kurung sutera ungu hitam. Sungguh manis dan ayu. Ditambah pula dengan tudung hitam berjemeki. Memang padan dengan susuk tubuhnya yang tinggi lampai. Tengah hari nanti dia terpaksa menghadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah Nadi Mega Berhad. Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Natasya tak dapat mengelak. Dia harus menghadirinya. Malas nak bertekak dengan papa, jadi anak derhaka nanti.

            Dia tiba jam 9.30 pagi di pejabat Nadi Mega Berhad. Semasa berjalan masuk ke pejabat tanpa sedar dia terlanggar seseorang. Habis berterabur dokumen ditangan. Natasya tunduk untuk mengambil barangnya dilantai tanpa memandang gerangan yang dilanggarnya tadi. Namun mulutnya tetap menuturkan kata maaf atas kelalaiannya.
‘Awak ni tuan punya pusat servis dekat Kampung Baru tu kan,’ sapa lelaki yang dilanggar Natasya.
Natasya mendongakkan kepalanya. Eh mamat ni yang aku jumpa kat gelanggang tennis hari itu. Fardli menguntum senyum, tak sangka berjumpa lagi dengan gadis impiannya. Sejak terpandangkan Natasya tempoh hari hatinya sentiasa melekat pada wajah manis Natasya.
‘Maaf ye encik, saya tak perasan tadi. Nak cepat, minta diri dulu ye, Natasya cepat-cepat mengemaskan barangnya yang berselerak.

Sekali lagi Natasya terperanjat. Mamat tadi rupanya salah seorang dari ahli lembaga pengarah Nadi Mega Berhad. Kata abang Nizam, namanya Fardli. Baru dua bulan dilantik menjadi ahli lembaga pengarah. Semasa mesyuarat berlangsung, mata Fardli sering tertumpu ke arah Natasya. Terpegun benar dengan kemulusan wajah Natasya.

            Natasya pula kurang selesa dengan renungan Fardli. Memang tak dapat dinafikan Fardli seorang lelaki maskulin. Gaya dan penampilannya memang menarik. Badannya tegap serta susuk yang menawan. Jadi idaman setiap si dara. Ish.. takkan aku jatuh hati dengan mamat ni kot. Natasya malu sendiri.

            Selesai mesyuarat tengah hari itu Natasya segera pulang ke bengkelnya. Banyak kerja yang menunggu untuk diselesaikan. Beberapa dokumen dan juga cek untuk pembekal memerlukan tandatangannya. Dia leka menyelesaikan kerjanya tanpa disedari masa sudah menginjak ke petang. Tak sedar sudah seharian dia di pejabat menyelesaikan tugasan. Begitu cepat masa berlalu. Dia bersiap-siap untuk pulang. Badannya terasa penat dan letih. Alangkah nikmatnya kalau dapat merehatkan badan buat seketika. Dia mengomel sendirian.

            Selepas selesai menunaikan solat maghrib, Natasya menikmati hidangan makan malam bersama keluarganya. Masak lemak cili api ketam, sambal tumis udang, sotong tepung dan sayur campur memang cukup untuk membuatkan dia berselera makan. Masakan mama memang boleh kalahkan hidangan chef di hotel. Sedap dan menyelerakan.
‘Tasya, papa nak Tasya gantikan tempat papa ke perjumpaan dengan pelabur kita ke Langkawi minggu depan,’ Dato’ Nordin bersuara.
‘Minggu depan ke papa? Kenapa tak bagi abang Nizam atau abang Nazri je yang pergi,’balas Natasya mula mencari alasan.
‘Sebab papa nak suruh Tasya. Takpe, Fardli akan temankan Natasya. Lagipun dia akan terlibat sama dalam projek kita tu nanti.
Natasya mula mengerutkan dahi bila terdengar nama Fardli. Takkan dia nak teman aku. Papa ni biar betul. Takde orang lain ke yang nak teman. Datin Nora tersenyum melihat gelagat anak daranya. Ternyata ugutan suaminya menjadi kali ini. Natasya tidak membantah arahan papanya untuk ke Langkawi walaupun kurang bersetuju dengan ‘pasangannya’. Nak tak nak dia harus terima. Lagipun boleh juga bercuti.

            Mereka tiba di Lapangan Terbang Padang Mat Sirat Langkawi lewat petang itu. Kenderaan yang disediakan syarikat sudah siap menunggu. Mereka dibawa ke hotel penginapan, Awana Porto Malai. Lokasi yang pernah melakar sejarah kepada negara. Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor menamatkan pelayarannya di sini. Setelah mendapatkan kunci, mereka beredar ke bilik masing-masing untuk berehat. Mereka akan bertemu pelabur malam nanti.

            Perbincangan mereka malam itu berjalan lancar. Pelabur berpuashati dengan penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh Fardli. Tak sia-sia papa suruh dia datang. Natasya hanya sekali-sekala menyampuk perbincangan mereka. Esok dia bercadang untuk pusing-pusing melawat tempat menarik di sekitar pulau lagenda ini. Dah lama tak  berkunjung ke Langkawi.

            Pagi itu selepas selesai bersiap, pintu biliknya diketuk. Mesti mamat sebelah ni, apa yang dia nak pagi-pagi buta. Bebel  Natasya. Pintu bilik dibuka terjojol wajah Fardli didepan muka pintu. Menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup manis buat Natasya. Namun dibalas dengan wajah yang mencuka oleh Natasya.
‘Jom kita sarapan, lepas tu kita keluar jalan-jalan, Fardli terus menguntumkan senyuman. Buatla muka masam macam mana pun wajah awak tetap cantik sayang. Fardli bermonolog sendirian. Natasya tiada pilihan kecuali mengikut sahaja.
Selesai sarapan mereka membuat keputusan untuk ke Oriental Villages, mahu melihat panorama Pulau Langkawi dari atas Gunung Mat Cincang. Hati Natasya berbunga riang. Sudah lama dia berhajat hendak ke sini tapi kesibukan kerja menghalangnya. Menaiki cable car sehingga ke puncak gunung dan berpeluang melihat  pemandangan yang indah ditambah pula dengan udara yang segar sungguh mendamaikan. Hampir sejam mereka disitu. Natasya betul-betul terhibur.
Seharian mereka melawat sekitar Pulau Langkawi. Makam Mahsuri, Galeri Perdana, membeli-belah di Beras Terbakar. Fardli turut membelikan Natasya kain batik. Tersipu-sipu Natasya menerimanya.

            Tiga hari berada di Pulau Langkawi sememangnya meninggalkan kenangan yang cukup indah. Pelan-pelan hatinya sudah boleh menerima Fardli. Dia yakin lelaki itu turut menyukainya. Perlakuan Fardli membuktikannya. Sudah seminggu juga dia tidak bertemu teman baiknya Wawa. Tengah hari nanti mereka berjanji untuk makan bersama di Bandar Utama. Natasya menunggu Wawa di restoran Nando’s. Selesai makan mereka mengambil keputusan untuk berjalan - jalan sambil menjamu mata. Langkahnya tetiba terhenti bila terpandang gelagat pasangan yang sedang sibuk memilih cincin di dalam kedai emas tersebut. Lelaki itu memang cukup dikenali. Tiba-tiba hatinya sayu. Baru sebentar tadi dia berlagu riang menceritakan tentang kenangan manisnya di Pulau Langkawi kepada Wawa kini ia bagaikan lenyap dipukul ombak. Hatinya pilu. Siapa wanita disamping Fardli, lelaki yang mula bertapak dihatinya kini. Dia tidak sanggup melihatnya lagi lantas tangan Wawa ditarik lalu beredar dari situ.

            Sepanjang perjalanan airmatanya berjuraian. Baru terasa ingin mengasihi tapi kini hatinya sudah terluka. Wawa hanya membiarkan rakannya melayan perasaan. Terhenjut-henjut tubuh Natasya menahan tangis. Natasya berfikir mungkin itu adalah teman wanita Fardli. Agaknya sedang merancang untuk bertunang barang kali.

            Hampir seminggu Fardli cuba menghubungi Natasya tapi setiap panggilan telefonnya tidak dijawab. Mesejnya juga tidak berbalas. Dia mula runsing. Sakitkah dia. Hatinya mula berlagu bimbang. Hendak ditanya terus kepada Dato’ Nordin dia terasa segan. Bimbang disalah ertikan.

            Selesai sarapan pagi itu, Datin Nora memanggil Natasya. Dia mula risau dengan anak gadis kesayangannya. Asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Kadang mata tuanya sempat menangkap airmata yang mengalir di pipi anak gadisnya itu. Dulu Natasya seorang yang periang dan ceria namun sejak balik berjumpa Wawa sikapnya berubah. Sedangkan dia cukup gembira ketika pulang dari Pulau Langkawi.

            Kini tahulah puncanya kenapa Natasya berduka. Datin Nora hanya mampu tersenyum. Rupanya sudah ada bunga cinta dihati Natasya. Dia membiarkan sahaja Natasya melayan perasaannya. Petang nanti rumahnya bakal didatangi oleh teman lama suaminya. Mak Mah diminta menyediakan hidangan yang istimewa untuk tetamu suaminya itu.

            Petang itu seperti yang dijanjikan, teman lama suaminya tiba bersama keluarganya. Natasya hanya berkurung di dalam bilik. Masih bersedih. Rajuk berpanjangan. Fardli juga sudah tidak menghubunginya. Mungkin sudah jemu. Pintu biliknya diketuk. Muncul mama dimuka pintu. Minta dia bersiap dan turun bersalaman dengan tetamu. Natasya hanya menurut sahaja. Bimbang mama berkecil hati.

            Langkahnya tiba-tiba terhenti. Apa mamat ni buat kat sini. Saja nak sakitkan hati aku lagi ke? Ngomelnya. Mama merenung Natasya tajam. Natasya akur. Tangan isteri teman papa disalaminya.
‘Memang cantik bakal menantu saya ni ye Datin. Pandai Fardli pilih, Puan Sri Rogayah bersuara. Tergamam Natasya seketika. Menantu? Perempuan tu ada sekali ke? Tapi dia salam dengan aku. Natasya masih terpaku disitu. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.
‘Tasya, apa yang tercegat lagi kat situ. Pergi suruh Mak Mah siapkan minuman, Datin Nora bersuara. Natasya akhirnya tersedar dari lamunan. Dia segera beredar ke dapur. Macam tak percaya. 

            Selesai menikmati hidangan Natasya meminta diri untuk beredar ke halaman rumah. Papa dan mamanya masih lagi rancak berbual dengan Tan Sri Farid dan Puan Sri Rogayah. Fardli juga menyusulnya keluar. Tidak betah mencampuri urusan orang tuanya. Dia segera mendapatkan Natasya yang sedang leka memberi ikan makan.
‘Tasya marahkan Fardli ke sampai call tak berjawab, mesej tak reply?, tanyanya memulakan perbualan.
‘Tak baik tau merajuk dengan bakal suami, tambahnya lagi.
Bakal suami habis tu perempuan mana yang dikeleknya hari tu.
Tahulah Fardli kini Natasya berkecil hati dengannya kerana tenampak dia bersama perempuan lain sedangkan itu adalah sepupunya yang diminta untuk memilih cincin buat bakal isterinya gadis pujaan yang kini dihadapannya. Seminggu dia menanggung rindu mendengar suara Natasya.
‘Tak payah berkecil hati, sebenarnya perempuan yang Tasya nampak hari tu sepupu Fardli. Dia tolong pilihkan cincin untuk Tasya. Kalau ajak Tasya dah tak surprisela’, Fardli terus bersuara sedangkan Natasya tetap membisu. Tiba-tiba satu cubitan hinggap dilengan sasanya. Fardli mengaduh kesakitan. Natasya tersenyum puas. Nak surprise konon, kita dah separuh mati kecewa dengan awak senang-senang nak mainkan kita.
‘Kenapa cubit ni sayang, sakitla, Fardli bersuara.
‘Apa sayang-sayang. Siapa sayang awak, perasan,’ balas Natasya.
‘Betul awak tak sayang saya. Habis kenapa seminggu mogok. Sayang, sudi tak awak jadi isteri saya? Hidup bersama saya,
Tanpa sedar Natasya mengangguk. Fardli melompat keriangan. Dia menadah tangan tanda kesyukuran. Penantian yang tidak sia-sia. Mama, papa Tasya nak kahwin. Bunga-bunga cinta kian mekar dihatinya.

Macam mana, ok tak?.....







Saturday, 8 October 2011

Crispy puff lagi....

Testing, testing.. Minggu ni gila wat puff... Semalam wat puff lagi tapi letak kacang tumbuk... Masa bakar, wangi satu rumah. Mummy and daddy dok tunggu bila nak masak... Seronok sangat buat... Senang je. Janji ada kulit puff, kacang tumbuk, gula dah bleh jadi.

Ni resepinya.....

Kulit puff (jenama KAWAN)
1 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan mentega (cairkan)
Gula halus untuk hiasan

Cara membuatnya:
Potong 4 kulit puff. Kacang tumbuk campur dengan gula dan mentega cair. Kacau rata.  Letak kacang yang dicampur diatas kulit puff. Lipat kulit puff menjadi segi tiga. Bakar selama 10 minit dengan suhu 200' atau sehingga masak. Dah masak. letak dalam bekas ayakkan dengan gula halus... Selamat menjamu selera..




Saturday, 1 October 2011

Crispy Mini Puff..

Salam.... Dah lama tak berblog.... Rini nak kongsi resepi puff yang dah tertangguh agak lama... Kulit puff ni dah lama tersadai dalam peti sejuk.. Tapi petang semalam tekad jugak nak buat.. Maka jadilah puff mini yang tak seberapa ni... Jom tengok...

Bahan-bahan:
Kulit puff (Beli je yang dijual di Giant)
4 biji kentang
Daun sup
1/2 cawan bawang goreng
daging pepperoni
Mozarella cheese
3 sudu mentega
Garam
Lada sulah

Cara membuatnya :
Kentang direbus, jangan lupa letakkan sedikit garam. Lepas dah empuk lenyek kentang tadi, masukkan mentega, bawang goreng, lada sulah, daun sup yang telah dipotong. Gaulkan sehingga rata. Kulit puff dipotong 4 keping. Letakkan kentang lenyek tadi, pepperoni dan jangan lupa letakkan cheese. Kemudian temukan bucu seperti gambar dibawah. Dibakar pada suhu 200'c selama 10 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba... Cuma yang sedihnya, masa belum bakar bentuknya lain tapi bila dah masak jadi lain sebab kepingan puff terbuka. Tapi yang penting rasanya memang sedap.  



Cantikkan sebelum dibakar...



Nila hasilnya yang dah siap dibakar.... Sedap...