Rose

Sunday, 2 March 2014

Boling Ten Pin dan jalan-jalan di Langkawi

Salam....
Lamakan blog ni diam.. Rini nak share story dengan korang tentang aktiviti weekend ai baru2 ni. Macam yang ai bagitau sebelum ni ai ke Langkawi sebab ada budak sekolah yang layak wakili daerah ke peringkat negeri dalam acara boling.. Ai ni cikgu penasihat so pegila tengok diaorang.. Penginapan tajaan lagi oleh waris pengurus pasukan. Kak Zarina sekeluarga, emak si Ammar. Memang sanagat selesa.. Layanan pun 1st class.. Sarapan pagi siap sediakan lagi walaupun kami dok homestay. Homestay punyala luas.. Terima kasih kak sebab layan kami.. Best sangat...

Kami ke Langkawi petang khamis. Naik feri ramai2 dengan budak2.. Sampai kat Kuah Kak Zarina ambik kami bawa balik ke rumah. Sediakan soto yang sedap untuk kami makan malam tu.. Lepas makan kami balik berehat di homestay sebab dah kepenatan. Esoknya nak kuar awal tengok budak2 main boling....

Pagi lepas sarapan kami ke jetty point. Keta sewa pun Kak Zarina sediakan siap hantar kat homestay lagi.. So dapatla merayap2 sekejap kalu ada keta sendiri.. Kalau tak nak kena susahkan Kak Zarina hantar dan amik kami...



Ni penyokong je.. Mamat berkaca mata tula si Ammar
 Lepas budak habis main kami ke HIG beli barang sebab K.Zah nak balik petang tu jgak coz esoknya dia ada kelas... Tinggal la ai dengan si Animatomato je...  Lepas hantar akak balik, bawak pulak si Amirul anak buah ai merangkap player sekolah gi beli sport shoes.. Tertanggal tapak dua2 belah. Dah tu bleh plak menapak dari jetty point ke Langkawi Fair... Haishhh... Dahla panas...

Kita orang ke Beras Terbakar dulu sebab nak beli souvenir. Kat sini sempatla beli baju tido. Si Amirul belikan keluarga dia buah tangan. Lepas habis shopping kat Beras Terbakar kami ke Pantai Chenang... Ingat nak shopping kat Underwater World sekali tutupla plak sebab diaorang tengah kira stok.. Lintas jalan lepas tu masuk kedai Al Ikhsan nak beli kasut Amirul. Dah beli ko co teka sapa kena bayo? Ai la... Huhuhu... Bijak2...

Berkenan kasut ni tapi saiz besar... Ada less lagi.. Huhuhu

Ni pun besar jugak.. Tension wehhh...

Malamnya dinner kat Chenang... Siakap sekor RM51??????? Giler babbbbbb mahal nak mampppppppp..... Hoishhh, selalu makan sekor paling mahal pun RM30 je... Ko dah kenape mahal sangat... Esoknya dalam pukul 11 kuar ke Jetty Point sebab si Amirul ada games.. Dah habis gi beli barang kat Idaman Suri n HIG sekali lagi. Balik petang tu nak feri pukul 5 petang.. Sampai umah dah pukul 8 lebih.. Letih jangan cakapla, tapi enjoy!!!!!!!!