Rose

Sunday, 1 September 2013

W.E.E.K.E.N.D

Hai semua... Ni nak share aktiviti hari minggu ngan kawan-kawan. Biasala bila hari minggu bangun je tido sure daddy tanya tak p kedai beli ikan ke... Tugas rutin kalu hari minggu.. Lepas sarapan teruskan misi menawan pasar Pokok Sena. Memang best beli kat sini... Macam-macam ada. Ulam-ulam kampung jangan cakapla.. Memang superb...

Meh tengok apa cek masak.. Tu pun hari sabtu sebab jumaat doyah wat open house.. I kuar umah awal. G bank selesaikan apa yang patut.. Bayar gaji kat pekerja bank... Hahaha.. Perasannn...

Tom yam udang.. Pes dia dari Thelenddd kot..

Ketam goreng.. Belum disambalkan lagi

Air asam nak dikawankan dengan siakap stim

Ketam berlada @ sambal

Siakap steam.. Curah kuah tomyam.. Letak halia sikit.. Memang sedap
Masa makan baru perasan semua menu pedas.. Hahaha... Xpela... Janji best..
Meh makan semua.. Jemput-jemput....

Cuti-cuti di Krabi Thailand

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.Masih tak terlewat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua... Maafkan atas segala keterlanjuran kata. Kot2 ada terlanggar border ke hapa ke mulut ni.. Nama pun manusiakan, haruslah sinonim ngan kesalahan yang disengajakan atau tidak.. Sempat puasa enam tau... Bangga rasa.. Selesai puasa ganti n dapat puasa enam lagi. Syukur pada Allah sebab dapat tunaikan tanpa sebarang masalah...

Haaa, ni nak citer pase g cuti lepas hari raya ritu.. Akak kan cuti dua minggu.. Takkan nak ngadap balang kueh hari-harikan... Pastu masuk dapur belasah nasila, lemangla dan ketupat bagai.. Buka sekolah dah jadi tong.. Hahaha... So rancangla ngan kengkawan kat sekolah nak melepaskan tekanan.. Jomlah kita bercuti.. Kena pulak ada kawan ni dia ni ada 2 taraf kerakyatan.. 1 Malaysia 1 g Thailand.. Rasanya kerap lagi dia kat Thailand dari Malaysia.. muahahaha... Jangan marah Qilah, nanti kena jual.. Dia ni plak pantang ajak bercuti, dok semput pun leh lagi search internet cari lokasi... Fikir punya fikir kita orang cadang nak g berjemur kat Krabi, Thailand... Coiiii... Macamla gebu sangatkan nak jemur-jemur ni...

So kita orang pun rancangla nak bercuti. Tarikh yang dipilih 14hb sampe 16hb Ogos.. Balik tu relaks sehari sebelum masuk keja.. Yang bestnya I ni asal nak g jalan je tempah semua dulu, esoknya nak pegi baru gtau mak n ayah.. Mak siap sound bertuah punya anak... Esok nak pegi baru nak cakap... Dalam dok bebel-bebel tu sempat lagi ngoder barang.. Belikan mak tu belikan mak ni... Sebab tu ahkak tak penah cakap awal2 you nak g bercuti... Macam tahun lepas gi Bandung dibantainya gitau kakak2, apa lagi dah jadi orang pathani ngelek barang jualanla.. Nasib bek tak berjunjung.. Semua pakat order je... So tahun ni kita rahsiakan. Yang tahu orang dalam umah je..

Kami bertolak dari sekolah dalam pukul 9 camtu... Yelah, tunggu orang tu, tunggu orang ni lambat le bertolak... Sepanjang perjalanan sekejap tido sekejap bangun. Singgah makan tengah hari dekat Trang.. Makanan kat situ okla tapi makanan dia pedas yang hamat... Makan sambil nangis ok. Kau ada?... hahahaha... Lepas makan kami teruskan perjalanan ke Krabi.. Nginap kat Srisuksant Resort...  Dalam perjalanan tu tido lagi, bangun tido makan lagi... Hoisshhhh, takut nanti nak turun van xmuat pintu plak. Hahaha... Gomok!!!

Ni la tempat makan Trang.. Maklong n K.Muna Yang tersorok tapi tak brapa nak sorok tu Gebu..

Maklong, K.muna n Gebu.. Posing b4 makan.. Dekat toilet kot...

Nasi I punya.. Pedas nak mammmpppp!!!! Nangis kot makan

Ni Gebu punya....

Sebelum sampai resort sempatla singgah dekat satu tempat ni beli souvenir. Fossil Shell Beach.. Memang banyak barang-barang menarik. Ada pearl and macam-macam lagi. Tapi masa ni tak sakan sangat belinya.. Biasa2 je.. Sebelum balik singgah lagi sekali. Masa ni la berjuang habis-habisan shopping.. Harga pun kerat habis-habisan.. Hahaha.. Bab tawar menawar ni memang cek tera...

Sempat posing sambil pilih barang

Antara barang yang ada kat Fossil Shell Beach..

K.Cik dah rope Lady D dah dengan topi bagai..
Setelah shopping bagai kami bergerak ke tempat penginapan. Srisuksant Resort dekat Aonang... Sangat cantik... Teruja you.. Tapi yang lecehnya dok tingkat empat nun.. Lenguh manjat tangga.. Macam nak putus nyawa.. Bleh plak takde lift.. Sape wat ntah resort ni. Ko bayangkan makan banyak-banyak dah tu habis camtu je sebab panjat tangga... Dah tu naik atas penat punya pase, rembat kue raya plak.. Acaner tu... Hehehe..
Dah sampe tempat penginapan

Ha, ni la tempat penginapan kami... Nun dipuncak tula bilik kitaorang







Lepas rehat semua bagai, malamnya kitaorang keluar makan.. Ntah apa nama restoran dia tapi memang bestlah.. Makanannya memang sedap. Yang penting suasananya sangat cantik.. Bayangkan dalam ayo ada lampu... Driver kami cakap malam memang cantik.. Tapi kalu siang out sikit... Hahaha.. Xpe, yang penting menu dia tu yang best.... Bukan nak minum air tasik dia pun.

Tengah belek-belek menu...


Tomyam dia punyala best...

Bos pun ikut gak.. Hehehe... Sporting giler..

Posing gitewww!!!!

Tada... Dah sampe...
Malam tu makan sepuas-puasnya... Semuanya sedap menjilat jari.. Lepas makan balik ke resort sempat lagi pusing-pusing dengan Aonang. Naik tut tut.. Saja jamu mata. Lepas tu balik tido.. Esoknya acara pusing pulau plak...

Paginya awal lagi dah bangun. Siapkan diri kemudian sarapan. Makan buah je ngan makaroni carbonara..
Walaupun nak makan tapi posing tetap posing

Sibuk pilih menu...

Ehhh.. ehhh...ehhh,,,, Tengok pake topi ngat pompuan tapi ada janggut...



Lepas sarapan kami mulakan operasi pusing-pusing pulau..Nek bot... Bleh tahanla dia punya pemandu pelancong... Kelakar.. Tapi yang tak tahannya aksi-aksi dalam bot tu.. Yelah nama pun campur.. Macam-macam ada kat dalam tu.. Antara pulau yang kami lawati Phi Phi Island, Monkey Bay, Maya Bay, Viking Cave. Tempatnya menarik. Air pulak jernih... Ha, ni nak kongsi petua sesiapa yang rajin mandi laut. Masa mandi amik pasir dia tepek kat muka wat macam bedak.. Dapat kurangkan kesan sun burn.. Jom layan gambar yang sempat dirakamkan...
Ehhh... duyong naik pantaila...

Udah rope itik dah masing-masing bila jumpa ayo..


Penyeri trip kami.. Hana' n Ana.. 

Trip kali ni i jadi baby sitter ok... Mak bapak diorang tak perasan pun bawak anak datang bercuti... Hehehe... Asyik melekat ngan Auntie Ros.. jom tengok lagi gambar
Posing jangan tak posing.. Kamera baru tu.. Tauke rombongan punya... Baju polkadot tu..

Dengan Ana. Melekat macam belangkas. Qilah, jom tukar nama.. Hahaha...

Anak-anak mandi laut mak2 sibuk posing..

Wajah-wajah kesayangan yang sedang keriangan

Lompat bang jangan tak lompat... Yeeeehaaaa

Tu la pemamdu pelancong orang Thai... Sibuk je nak join sekali
Seharian pusing pulau balik hotel rasa macam lembik.. Rehat-rehat sambil jamah kueh raya yang masih berbaki.. Tengok tv pun tak faham menda.. Tulisan plak macam maruku... Bersimpul-simpul... Kartun pun siam.. Acaner?...

Malamnya lepas maghrib kitaorang gerak cari makan malam plak.. Sasaran utama steambot.. Jom layan gambo.. Nak citer penatla...
Antara makanan yang disediakan.. Banyak giler.. Nek rambang biji mata tengok...

Masing-masing dah lapo sebab seharian pusing pulau

Chef paling gebu...









 Memang puasla makan malam tu.. Harga pun tak mahal. Dalam RM20 je sorang... Banyak pilihan.. Semua amik... Balik makan sempat lagi buat foot scrub dengan Gebu.. Buat kat kedai tepi hotel je tapi best giler... Tertido gakla.. Enjoy sesangat..

Soknya dalam kul 10 camtu kami gerak ke Hadyai... Misi menghabiskan sisa bhat yang dah tak lebat... Huhuhu... Sedar tak sedar 7 rattt cek habis kot... Semua bantai.... Malaysia ada, bhat pun ada... Jenuhla kena bebel...  Di Hadyai kami ke Floating Market.. Yang niaga dalam sampan tu... Humang aiiii... Teruja yang hamat... Barang2nya pun murah2. Sempat sambar 3 helai blouse, baju kemeja tok daddy, bakul and beg tok mummy. Macam2 beli...
Macam-macam ada...

Ko mampu ke jual macam ni... Hahahaha.....

Makanan dia memang sedap-sedap..



Puas shopping kami pun bertolak balik. Letih jangan cakaplah. Sekejap tido sekejap jaga.. Akhirnya dalam pukul 9 lebih kami sampai dekat sekolah sebab keta park dekat situ.. Dah masukkan barang dalam keta, trus balik.. Memang keletihan tahap yang melampau.. Tapi yang penting seronok sangat bila dapat bercuti dengan kawan2. Segala masalah memang tinggal kat borderlah.. Tapi dah masuk balik Malaysia kena amik balikla.. Kang siam plak runsing fikir pase keja kite plak..

Dalam banyak-banyak gambar kat Krabi gambar ni paling best.. Hahaha...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sama tak gambar ni... Hahahahahahah... Comey sangat!!!

Qilah, lepas ni kita datang lagi eikkk.. Nak wat foot scrub... Muahahahaha...
Bye... Adiossss!!!







Wednesday, 19 June 2013

Aurawhite Collegen

Hai teman-teman... Lama tak berblog... Rini ada kesempatan sekejap maka marilah kita berblog. Sebenarnya nak kongsi tentang satu produk ni. Sekarang dah masuk botol kedua amik. Alhamdulillah, memang sesuai dengan akak.... Haaaa gitewww...!!!

Produk ni semua orang dah tahu. Sapa tak kenal ngan Aurawhite Collegen kan... Banyak khasiat bukan sekadar untuk cantikkan kulit.. Tapi macam2 la... Yang penting student banyak yang tegur, kulit cikgu nampak makin cantikla... Diaorang siap cubit-cubit pipi lagi... Aku sekeh jugak kang... 

Sempatla baca dalam blog len tentang produk ni. So meh kita kongsi apakah khasiatnya. Pinjam dari blog lidbeautymall.

KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG
*50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2
* memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
* menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
* mengurangi kedutan dan garis2 halus
* mengecilkan pori2 kulit
* menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
* meningkatkan sistem imunisasi badan
* mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
* mengatasi masalah jerawat dan jeragat
* mengurangi sakit radang/sendi
* mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
* sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
* membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
* mengurangi kolesterol
* menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
* meningkatkan kualiti tidur
* sesuai untuk lelaki dan wanita
Produk pencerahan kulit yang harus dicuba, menghapuskan kekusaman, mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. Satu2 nya produk keluaran Malaysia yang menggunakan teknologi stem sel hasil gabungan 3 jenis tumbuhan/buah - tomato, epal dan roselle serta ditambah benefit kehebatan lain, L-glutathione dan kolagen ikan talapia!

Dengan ramuan berkualiti premium yaang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 3 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel2 kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI !!

FORMULA LENGKAP
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG LAZAT
Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan
khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan dalam satu masa.


TANPA BAHAN TAMBAHAN
100 % semulajadi dan selamat ,tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.



CARA PENGAMBILAN:
1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang

3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.

5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)
NGIN TAHU RAHSIA KULIT CANTIK SELEBRITI ?

Dengan Aura White anda boleh membuat transformasi seperti selebriti dan keluar dari keGELAPan !!!
PILIHAN TERBAIK MENGGANTIKAN SUNTIKAN & RAWATAN LASER.

Sains Kecantikan Semulajadi.

UNTUK KULIT KENDUR, KUSAM, KULIT TIDAK SEKATA,
TIDAK BERMAYA, JERAWAT, MALASMA, PIGMENTASI, PARUT, JERAGAT, KULIT GELAP DAN EKZEMA.

Produk Aura White ini adalah produk minuman inovasi terkini untuk PENCERAHAN KULIT YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENGABUNGKAN 3 STEM SEL DARI TOMATO, EPAL DAN ROSELLE BERSAMA GLUTATHIONE DAN TILAPIA KOLAGEN!!!

Minuman Aura White inovasi kecantikan dari teknologi Jepun yang mempunyai campuran bahan sesuai untuk kulit asia

Minuman ini bukan sahaja memberi kulit kita putih dan gebu malah memberi kesihatan dalaman di dalam badan kita.

Jika kita hanya mengunakan produk kecantikkan untuk luaran tetapi tidak mengambil minuman kesihatan untuk dalaman tidak ada guna, mungkin disebabkan keletihan juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kulit muka dan badan kusam, berjeragat dan tidak bermaya disamping faktor kekurangan collagen.

Kepada yang mempunyai masalah keguguran rambut atau kerosakkan rambut, di syorkan ambil minuman AURA WHITE L-GLUTATHION + TILAPIA COLLAGEN+VITAMIN C+HYALURONIC ACID+TRIPLE STEMCELL PHYTOCELLTEC . Ia bukan sahaja memberi rambut anda sihat malah kulit akan jadi putih dan gebu.

Sesetengah orang yang menggunakan produk kecantikan tidak nampak kesan atau bertambah teruk disebabkan masalah dalaman badan kita. Oleh itu saya syorkan anda pengambilan minuman AURA WHITE yang dapat selesaikan masalah anda Insyallah...

Aura White mempunyai kesan yang menakjubkan setelah anda mengamalkan minuman ini kelebihan yang anda akan dapat nanti ialah :-

a) 50% pencerahan ketara dalam masa 1-2 minggu
b) Pemulihan kulit yang rosak & bermasalah spt Jeragat, Jerawat, kulit kusam , kulit kering dan kasar.
c) Rambut lebih sihat ,halus & bersinar
d) Mengurangkan keduan & garis halus
e) Melambatkan proses penuaan
f) Mengatasi masalah sembelit
g) Mengurangkan sakit sendi
h) Meningkatkan tenaga & lebih aktif
i) Menguangkan rekahan kaki
j) Menguatkan otot, kuku dan tulang
k) Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung & yang lagi penting meningkatkan penghasilan susu ibu dan kesannya dapat memberi kulit bayi cantik dan sihat.
Memang nampak kesannya... Masa mula amik asyik ulang ke toilet je... Badan rasa ringan. Tapi yang paling penting liang roma dah makin mengecil... Nampak rata... Cuba tau..

Sunday, 9 June 2013

Salad Pizza Hut

Pernah tak korang ke pizza then tapau dia punya salad? Ada setengah tempat tak bagi kita tapau or dia orang tapaukan tapi kat pizza kat alor setar ni bleh tapau and bleh amik sebanyak mungkin selagi muat bekas yang dia bagi.

Masa mula gi beli dulu ada gak la dia punya staff dok ulang alik tengok masa kita tengah sibuk dok isi salad dalam bekas... Cuak leteeeewwww tengok kita amik banyak. Ada aku kisahh... Katanya!!! Hahaha, dah macam Azwan Ali la pulak... Siap hentak2 lagi bekas dia bagi padat... 

Sekarang dah jadi ikutan kawan2 kat tempat kerja. Diaorang pun dah mula tapau salad ni. Memang sangat sedap bila dicampur aduk... Ada masam, manis... Sedap yang hamat... Tak caya lepas baca ni tutup laptop start keta g pizza tapau... Fuhhh... Sedap tak henget kau...

Ni la ghopa dia bila dah dicampur macam2

Letak letuce, cslow, kekacang, buah-buahan, 1000 island...

Tayang lagi...

Tadaaaaa.... Dah habis.....
Pegi dengan kawan, dia tak tahu leh amik banyak2.. Cakap dekat dia kita bayar, bukan free. Amik je... Dia pun apa lagi, hentak puas2 bagi padat... Kawan2 yang lain dah lama buat... Dia je tak tau gi.. Hehehe... Dalam keta pun dah dekat satu bekas... Cuba tau...

Hari pertama buka sekolah..

Hari ni kembali berkhidmat seperti biasa selepas bercuti selama 2 minggu.. Mood cuti masih ada tapi mujurla leh jaga awal.. Kalu ikut cuti, jaga agak-agak dah nak subuh gajah... Haishhhhh... 

Baru sampe dari KL semalam. Rindu giler ngan bilik... Maklumla tinggal 5 hari.. Dah terbiasa cuti tido lewat, semalam terbabas gak sampe kul 11.30 baru tido. Selalu lepas isyak dah jalan. Sampe kat umah pun dah pukul 10. Dok sembang-sembang bagai pastu mandi baru masuk tido... Fuhhhh nikmat... 

Dah nama pun set dalam kepala esoknya kerja, elok je pukul 4 mata mesti buka. Tengok jam, then sambung layan blues dulu sampe 5.30. Bangun iron baju and siapkan apa yang patut pastu mandi dan sembahyang.

Nikmatnya jadi guru bila murid kita berjaya. Tapi paling nikmat, dapat siap marking paper.... Macam nak wat kenduri pulut kuning ja. Hahaha... Haruskah??

Yang penting tugas mendidik anak bangsa kena teruskan juga... Moga segalanya dipermudahkan... Amin....
 

Thursday, 6 June 2013

Roti Badam

Projek roti badam ni pun lama gak bertangguh.. Tapi masa awal cuti hari tu nekad jugak nak buat... Maka tarlaksanalah juga misi yang tertunggak tu... Barang dah lama beli... Before maghrib mula menggodek perap jap then lepas maghrib terus bakar... Macam biasa kalu dah masa bakar bau satu rumah yang paling tak sabar mestila daddy.. Orang pertama rasa tu... Kali ni tak letak raisin macam yang buat mula dulu. Tapi rasanya tetap sedap... Katanya!!!... Hahahaha... Dah macam Azwan Ali plak


Siap untuk dibakar...

Siap!!!... Tabur gula halus sikit.. Makan panas-panas memang best!!!