Mesti korang peningkan apa yang aku merepek pagi2 ni.. Ehhhh... sukatilakan nak merepek ke hape ke... Muahahahahaha... Camni ni citernye, aku dekat kampung aktif gakla. So abang aku ngan ahli jawatankuasa kampung yang lain lantik aku jadi biro pendidikan.. Hoishhhh... mentang2 aku cikgu ko bagi aku pegang biro pendidikanla. Sebelum ni bagi aku aku pegang biro ekonomi sebab nak suh cari dana... Hadoiiii.... Tapi takpe dah amanah so kena buatla...
Dapat je jawatan aku semangatla wat kertas kerja bagai sekali dengan plan induk untuk program setahun bawah biro aku. Kiranya setiap bulan ada je program.. Ikutkan diorang nak aku ajar tuisyen tapi dah aku pun sekolah sampe kul 4 petang belum lagi ada aktiviti koko lagi.. Maunya sampai rumah dekat 6 lebih.. Budak2 pun dengan kelas kafa lagi, sukan lagi.. Bayangkan kalu aku buat kelas malam, sekali jadi dialog macam P.Ramlee dalam Masam-masam manis "Cikgu tido, hari-hari cikgu tido"... Haaaaa.... sapa nak jawab....
Sejak aku pegang jawatan ni rumah aku dah macam pusat khidmat masyarakat. Balik sekolah je petang mesti ada budak2 yang datang tanya keja sekolah... Ada yang minta tolong buat folio la macam2 la... Senang gak keja aku... Aku boleh tolong diaorang dengan cara macam tu. Tak payah nak ada tuisyen bagai. So, adik2 ada masalah pase pelajaran sila jumpa akak ye... Muahahaha....
Petang semalam tengah aku dok layan Upin Ipin sekali lagi umah aku kena serbu dengan budak-budak tanya tentang kerja sekolah.. Kali ni latihan sejarah.. Panggilan emak, ayah, adik, abang, kakak, nenek dan datuk dalam bahasa cina, india, kadazan dusun dan iban... Mak ai.... Ai ni cikgu bm je... Tanya budak2 ni bila cikgu nak so dia orang cakap rabu... Oklah, balik dulu. Esok datang balik maksu(panggilan aku kat umah n kat kampung) cari jawapan. Fuhhh.... Berpeluh gakla cari maklumat. Last call dekat sis aku kat kl. Minta tolong dia tanya kawan2 yang cina n india... Dapatla jawapannya.. So tinggal yang kadazan dusun n iban... Aku minta tolong dia juga. Waktu ni pukul 6.30.. Sekali dia cakap, wehhhh.. ofis orang dah balikla.. Sok la dia call branch dekat Sarawak tanya.. Hahaha... Bersungguh sis aku nak tolong...
Tapi pagi ni aku buka ja tenet n cari. Dah dapat pun. Tak payah nak call branch bagai... Semalam kat umah tenet slow... Dah siap keja aku... Petang ni leh la kembang-kembang idung bila budak2 tu datang umah tanya jawapan.. Kau hado?.... Hahaha...
Zai jian = good bye!!!
No comments:
Post a Comment