Rose


Saturday, 22 February 2014

Dugaan 2013..

Salammm....
Haaaa... kau mampu wat 3@4 entry dalam 1 hari? Kan tadi dah janji nak story tentang apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 2013 kan... Ingat tak?... Dah lupa... Korang memang... 

Sebenarnya aku masih lagi tak percaya yang ahli keluarga aku dah berkurang. Aku kehilangan abang sulong pada 5 November 2013.. Masih baru lagi... Dan sangat terasa. Sebab dia pergi dalam keadaan mengejut.. Dia masuk ward kecemasan pukul 1 petang kemudian terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan. Pukul 9 malam pindah masuk ward HDW, dan diberi harapan akan normal dan dalam keadaan stabil tapi pukul 12.30mlm anak buah telefon abang aku dijemput penciptaNya... Terlalu pantas... Memang sangat terkejut... 

Abang meninggal hari isnin. Khamis sebelum tu dia sempat balik umah. Bawak daddy pergi kuala kedah beli ikan. Sempat berborak-borak dengan aku. Aku dengan abang sulong ni tak rapat sebab jarak umor kami yang terlalu jauh... Memang takla nak kongsi cerita or masalah dengan dia. Tapi lately before dia meninggal aku perasan dia dah mula nak borak-borak ngan aku. 

Ingat lagi masa pergi kenduri sedara aku dekat Dewan Insaniah. Kami duduk semeja. Dia dok sebelah aku. Tengah makan ada makcik tu masuk, dia siku aku "Maksu, cuba tengok makcik tu macam muka mak.. Beria-ria dia bagi tau aku. Aku pun tengok... Haah, lebih kurang muka mak... Lepas tu kak ipar bagi tau abang ajak dia balik kampung. Nak tengok mak.. Kak cakap biasala rindu dekat mak la tu. Diaorang kuar balik awal dari aku sebab aku tunggu kawan aku amik nak pergi umah member sorang lagi sebab ada kenduri. Kebetulan keta aku kakak aku nak pakai sebab dia balik naik flight.. Tengah borak-borak ngan anak buah, kakak ipar masuk balik ke dalam dewan. Duduk sebelah aku. Dia cakap, abang aku tnya aku nak guna keta ke? Kalu nak amik la keta dia kat umah. Diaorang naik moto je. Aku cakap tak nak sebab tunggu kawan. Dia segan nak cakap sendiri so dia suruh akak yang cakap. 

Sebelum abang meninggal dia berhenti kerja. Bos dia pun terkejut. Tapi kesihatan dia memang tak mengizinkan. Demam tak nak sembuh. Abang aku plak kalu sakit tak nak amik ubat. Men bantai panadol je. Kadang jumpa bomoh konon ada benda masuk dalam badanla hapa la walhal memang dia takut ngan spital. Daddy dok kua masuk spital pun dia tak penah amik giliran jaga. Tapi dia pengunjung setia. Waktu melawat mesti sampai.

Masa hari kejadian tu, sebenarnya dia dah banyak hari demam tpi tak sembuh2. So akak dengan anak dia bawak g amik ubat. Dah habis amik ubat diaorang pergi makan. Makan pun berkongsi dengan kakak. Sepinggan pun tak habis. Akak ngan abang memang rapat. Pergi kemana berdua. Kena pulak anak-anak dah besar dan berjaya. Bila balik rumah akak suruh dia makan ubat. Dia makan lepas tu akak masuk toilet. Lepas tu akak dengar abang panggil, dia kuar tengok abang dah menggigil2 kesejukan. Akak selimut dia tapi still tak hilang sejuk. Badan dah peluh2 walaupun dia sejuk. Dia boleh plak suh anak dia yang bongsu p panggilkan tok bomoh tok tengokkan kot2 ada benda masuk dalam badan. Tapi bila tengok keadaan abg dah makan lemah anak2 buah sepakat dukung dia masuk keta bawak pegi spital. 

Kat spital, abang dimasukkan ke ward kecemasan zon merah. Untuk zon kritikal. Jantung dia terhenti 5 minit tapi doktor tekan2 abang ok balik. Sekarang abang dah dipasangkan dengan alat bantuan pernafasan. Masa ni aku tak tau pun keadaan abang. Aku dapat mesej dari anak buah masa aku on the way nak g hantar skrip yang aku marking dekat ketua pemeriksa. Anak buah aku tulis "Maksu tok suh balik sekarang nak tengok wa (panggilan utk abang aku) tengah tenat kat hspital". Aku stop keta tepi... Diaorang apahal nak main2 plak.. Aku dah start bengang.. Tenat ke penat... Abg aku seumur hidup dia tak pernah masuk spital.. Tetiba tenat. Comfirm aku rasa diarang main2 je.Aku call balik anak buah aku, betul ke mesej tu.. Dia cakap betul. So aku amik keputusan, patah balik then call member kirim je skrip tu kat dia. On the way balik umah anak abang call gtau abah dia tengah tenat. Bayangkan aku tekan minyak 120 dengan jalan bengkang bengkok lagi.. Hati aku tak sedap.

Balik amik mak n 2 orang kakak terus gerak ke spital. Daddy memang tak ikut.. Dia jenis lemahsemangat ckti.. Tu pun mummy cakap abang demam je.. Belum cakap tenat.. Dia cakap penat je... Sampai spital tengok mata anak2 abg dah mcm biji saga.. Merah je. Akak pun dok nangis je. Dalam hati masih lagi memujuk yang abang aku tak teruk. Sampaila aku masuk tengok. Dekat 5 minit aku cari katil dia tak berjumpa. Sebab semua teruk.. Aku nak cari yang tak teruk... Tu anggapan aku sampai la aku nampak sekujur tubuh dekat ats katil hujung ward kecemasan tu. Aku nangis macam budak kehilangan mak ayah... Aku usap kepala abang aku, aku kucup dahi dia.. Betul2 tak sangka... Peluh basah badan abang aku. Mata dia bergerak2 bila aku panggil nama dia.

Kami terus tunggu perkembangan abang. Semua tak berani nak bergerak kemana walaupun perut berkeroncong. Pukul 9 malam pegawai perubatan bagitau abang akan dipindahkan ke ward HDW.. Kakak2 kat KL dah ada yang bertolak balik bila dapat tau keadaan abang. Seorang lagi abang tak ada kerana berada di Mekah mengerjakan haji. Sempat hantar mesej dekat dia.

Anak-anak abang pun dah sampai cuma sorang ja yang masih lagi ada di Iraq. Takde tiket.. Stanby je kat airport.. Aku dengan anak abang yang perempuan orang pertama masuk tengok abang dalam ward. Masuk je dalam ward tangan aku genggam tangan anak buah. Paling tak sedap diaorang pasangkan yasin dekat tepi abang. Memang baik untuk kita orang islam tapi itu petanda abang aku memang teruk. Tambahan kedudukan dia membuatkan aku teringat arwah pelajar aku yang dijemput penciptaNya pada bulan september. Hati aku memang tak sedap.. Tepi katil abang adala dalam 5, 6 orang doktor tengah. Ada doktor perempuan ni bagitau kata keadaan abang aku stabil mungkin ambil masa 3,4 hari sebelum pindah ke ward biasa.. Hati aku tenang walaupun sebenarnya masih lagi kurang yakin sebab situasi yang sama mcam student aku.

Kami tak boleh duduk lama sebab masing2 tunggu giliran nak masuk. Masing-masing yang tengok abang keluar mesti mata merah.. Tak percaya dengan apa yang terjadi.. Dalam pukul 11 lebih ajak mak balik sebab dah penat.. Memang sayu sangat tapi masing-masing dah letih.. Sampai rumah lepas mandi baru je masuk tido anak buah call bagitau abang dah takda.. Aku tak percaya, tanya kak ipar betul ke? Memang tak percaya sebab doktor cakap dia ok.

Skarang kami adik beradik dok bertolak macam mana nak bagitau mummy and daddy tentang abang. Last sekali bagi kak ipar. Mak buka pintu bilik kakak bagitau yang abang dah tak ada. Daddy tanya mummy, "awat dengan non, minah"... Mummy jawab "anak kita sorang tu dah takda.... Sedih sangat.. Masa ni terbayang balik segala tingkah laku dia diakhir2 usia dia. Abang aku yang dekat mekah pun call bagi semangat dekat mummy walau dia sendiri terkejut..

Abang dikebumikan dikampung.. Itu amanat dia dekat akak.. Paginya sebelum kerumah abang kami kemas rumah apa yang patut.. Kakak aku yang no 11 siap cakap lagi jom kita kemas rumah nak sambut abang non balik.. Memang aku meraung kat situ..

Aku berpeluang mandikan abang... Muka dia macam tido je.. Memang airmata aku tak boleh stop setiap kali tengok jenazah abang.. Pukul 11 lebih jenazah abang dibawa balik ke kampung selepas di sembahyangkan di surau taman dia. Sekali lagi abang disembahyangkan dekat rumah. Ramai yang hadir.. Bertuah abang.. Dia berjaya besarkan anak2 dengan segala kepayahan sehingga semuanya berjaya dan dia menikmati hasilnya..

Petang tu sempat usik daddy, lepas ni dah takde orang nak beli lagi mee rebus.. Terus masam nak nangis. Kena marah dengan kak sebab pandai-pandai usik. Mummy plak dok sedih siapa nak balik berbuka puasa dengan dia tahun ni. Sebab abang mesti balik berbuka puasa dekat rumah dan kalau dia balik dia yang akan siapkan semuanya. Dia tolong hidangkan sampai ais ketul pun dia beli sekali.
Bila adu dekat anak-anak dia rungutan tok terus masing-masing jawab, abah takda kami kan ada. Kami balikla berbuka dengan tok... Sangat sayu... Tu belum lagi waktu raya... Mesti lagi sedihkan..

Abang dan kak bersama cucu-cucunya

Abang dan kak


Muka macam daddy..

Satu-satunya anak perempuan arwah abang..
Pemergian abag satu kehilangan untuk keluarga kami.. Terutamanya anak-anak dan juga kak.. Apa pun kami harus kuat dan saling bersatu sebagai sebuah keluarga yang besar... Apa yang paling nyata sejak abang tak ada kami makin bertambah akrab.. Ada hikmahnya abang minta jenazahnya dikebumikan dikampung. Sekurang-kurangnya setiap kali mereka menziarahi kubur abang mereka akan singgah dirumah. Terubat la jugak rindu mummy n daddy dekat arwah abang bila tengok wajah anak-anak abang.. Sekarang kami dari 13 beradik dah tinggal 11 je..

Semoga arwah abang tenang disamping penciptaNya... Semoga kita sekeluarga akan bersatu disana nanti.. Al-fatihah....

No comments:

Post a Comment