Rose

Wednesday, 5 June 2013

Kisah Cuti Sekolah....

Sekejap je, pejam celik pejam celik dah nak habis pun 2 minggu cuti sekolah. Macam tak puas bercuti.. Tapi yela lama-lama cuti takut badan jadi tong pulak... Mana taknya asyik menghala ke dapur je keje. Kalu g sekolah tu lambat sikit sebab nak kena jalan ke kantin. Kena kalu hari kelas banyak kadang sampe tak sempat nak ke kantin pun. Tapi kalu dok umah ni kua je bilik belok kanan jumpa dapur... Acaner tu....

Cuti kali ni xbleh nak bersenang lenang sangat sebab ada kerja menanti. Budak baru lepas exam, nak kena marking paper lagi, dah tu datang pulak kerja kursus sejarah yang bertimbun tu... Hoissshhhh.... Banyak jugak la nak kena buat. Apa nak buat dah tugas, kena la terima kan.

Dalam masa cuti ni jugak hantar keta cat. 3 minggu juga tersadai kat bengkel. Dah lama sangat nak cat baru ni dapat peluang. Memang patah kaki la jugak. Hantar keta pun dah masuk minggu kedua cuti. Kiranya buka sekolah ni tak sempat siapla.

Dah nama pun cuti sekolah, mesti ada yang balik kampungkan. Minggu lepas 2 orang kakak bersama keluarganya balik kampung. I kan banyak kakak. Dah nama pun 13 beradik. Dah tu kita plak last comfirm berderet2 kat ataskan. Kakak nombor 11 balik sebab nak antar anak dia masuk Uitm Bukit Mertajam. Akak yang nombor 12 balik sebab anak-anak dia tingat kat tok wan yang dipanggilnya tok din. Meriah rumah jadinya.

Lepas tu apa lagi amik peluangla turun Kl ikut diaorang habiskan sisa cuti kat sini. Hari rabu satu hari pusing KL dengan kakak no 12. Siap suh dia mc lagi. Hehehe..... Kalu dah nama pusing KL taksah kalu tak berkunjung ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Tengok tudung, jubah, blouse. Sekali masuk kedai yang beli blouse online.... Memang rambang mata tengok... Lagi banyak koleksi dia... Lepas tu belikan rantai tangan emas untuk Lulun@Nurul anak akak yang bongsu. Sedar-sedar RM700 melayang.. Huhuhuh....

Jadi adik bongsu ni seronok masa kecik tapi bila besar dah tak best. Satu sebab kakak2 n abang2 akan cemburu kalu mak n ayah lebihkan kita. Lagi satu anak2 buah pun pandai cemburu sama sendiri. Kita belikan barang untuk yang ni yang lain pun nak jugak. Last2 sape yang teruk... Akak jugak... Asal nak sambut birthday je hantar anak kat cu. Tak pun suh cu beli hadiah... Hoishhhhh.... Zeti Akhtar pun leh letak jawatan gabenor camni....

Mmmmm... takpela. Nak sambung marking paper jap... Ada sikit lagi... Nanti sambung story lagi....

No comments:

Post a Comment