Rose


Tuesday 24 July 2012

Roti Gulung Rangup

Hari ke 4 puasa rancang wat roti gulung rangup. Mujur takde kelas tuisyen. Dapatla balik awal dan siapkan juadah. Kebetulan roti gardenia ada 2 bungkus. Bulan puasa kurang laku sikit setakat mummy je wat roti bakar waktu sahur. Tu pun sekadar 2 keping saja. So plan dengan akak nak wat roti gulung. Seminggu sebelum puasa cuba wat meatloaf. Antara bahannya serbuk roti. Serbuk roti ni ada lebih lagi. Bolehla gunakan sebagai perangup roti gulung nanti. Jom intai-intai resepinya.

Roti Gulung Rangup

Bahan untuk inti:
3 biji kentang (dadu)
100gm daging
1 peket rempah kari daging
2 ulas bawang putih
Garam 
Air

15 keping roti potong
2 biji telur 
1 cawan serbuk roti (ikut keperluan)
2 sudu tepung gandum
Air
Minyak untuk menggoreng
*tepung gandum + air. Tujuannya untuk lekatkan roti supaya tak terbuka masa menggoreng.

Cara-caranya:
  • Masak inti terlebih dahulu. Tumis bawang sampe naik bau, masukkan rempah kari. Bila dah masak rempahnya masukkan daging. Gaul sebati dan tambah sedikit air serta daging. Masukkan garam dan bila dah masak ketepikan.
  • Potong kerak tepi roti. Kukus roti selama 1 minit. Ini bagi memudahkan semasa proses menggulung.
  • Setelah siap gulung, celup roti ke dalam telur dan golek dalam serbuk roti. Goreng sehingga kekuningan. Boleh dihidangkan bersama sos dan mayonis.
Inti yang telah siap dimasak

Roti yang dibuang tepinya dan dikukus sebentar

Serbuk roti

Bancuhan tepung gandum untuk melekatkan roti


Roti yang siap digulung

Dah siap, cubala!



Roti memang buat banyak coz berhajat nak bawa ke surau. Masa lepas terawih hidangkan untuk orang makan memang roti ni jadi pojaan kanak-kanak. Siap bertambah. Ulang-ulang minta. Puas rasa bila orang suka makan apa yang kita masak. Memang roti ni budak-budak suka. Nak-nak plak ada sos ngan mayonis.

No comments:

Post a Comment