Rose

Friday, 19 October 2012

Blog kasihaleeya.blogspot.com

Dah lama rasanya tak berblog ni. Tengokla lastnya bila. Disebabkan kesibukan tugas langsung tak sempat nak jengah blog ni. Last week berkesempatan berkunjung ke blog milik kak nani rostam. Memang suka baca tulisan diblog dia. Masa taip nama kak nani kat google search, kua la juga blog milik kasihaleeya ni. Citernya sebab dia g kenduri kat umah kak nani. So kita dah ada blog baru untuk dibaca. Ngadap laptop baca cerita si filla ni lepas satu ke satu cerita. Tambah menarik kalu baca kisah si Acih n si Kenit Ani tu. Memang menghiburkan. Tapi dalam banyak-banyak tulisan yang paling menyentuh hati tentang percutian yang bermula dengan kegembiraan tetapi berakhir dengan kedukaan. Adik tersayang pergi menyahut seruan Ilahi. Memang bergenang airmata ni walaupun baca berulangkali. Sedih yang teramat. Mula la orang pun teringatkan arwah abang yang telah pergi menemui penciptanya 13 tahun yang lalu. 

Tarikh 8 September 1999 akan terus terpahat dalam ingatan kami sekeluarga. Orang adalah antara adik yang rapat dengannya. Sangat2 terasa saat kehilangan dia. Mak n Ayah terpaksa teman tido selama 3 bulan. Dah tu masa tido kena letak tangan bawah bantal ayah. Kalu tak memang takleh tido. Dah tu ayah cakap, dia kena baca doa then tiup ke muka orang coz walaupun orang pejam mata tapi still lagi meracau sebut nama abang.

Abang sakit sebab kena santau. Dia baik dan disayangi semua orang.Tak sempat mendirikan rumah tangga masa dia meninggal. Masa dia sembuh sekejap dia ada gitau mak suh carikan calon untuk dia, dia tak nak cari sendiri. Duit untuk gi umrah pun dia dah siap simpan cuma tunggu dia sembuh saja nak pergi. Tapi yelah, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan.

Tahun terakhir dia bersama kami kerja dia kua masuk hospital saja. Setahun sebelum tu sebulan jugak dia kena tahan kat Institut Perubatan Respirator, Jalan Pahang. Dahla bulan puasa. Orang kena jaga dia waktu malam. Siang bagi mak. Kul 5 driver abang hantar gi spital then amik mak bawak balik. Doktor suspek tibi, tapi takde pun coz kahak pun tak ada. Banyak jugala dugaan masa jaga dia. Kadang dia cakap dia nampak ada atok tua pakai jubah putih tengah pandang dia. Orang suh dia banyakkan baca ayat kursi. Dahle ngan akak je. Hospital kalu sapa yang pernah pergi kawasan depan dia gelap je. Dah tu takde dinding. Waktu berbuka terpaksa tinggalkan abang sekejap then menapak ke Restoran Haslam coz tak sanggup makan dalam ward. 1 sebab ada benda yang abang takleh makan, ke 2 sebab pesakit tibi kalu batuk bunyi dia len macam sebab berkahak. Dah tu men ludah kahak dalam botol cam gitu je. Bleh ke nak makan camtu.

Punyala hari2 berbuka kat Restoran Haslam sampe abang sulung dia kenal kita orang. Siap letak "Reserve" lagi atas meja kami selalu makan. Sempatla juga jumpa geng Gerak Khas yang kadang2 berbuka kat situ. Tapi yang paling kerap jumpa pelakon A.Galak. Siap bertegur sapa lagi. Dekat nak raya baru abang leh kua n balik sambut raya kat kampung.

Sebulan sebelum dia meninggal dia dah balik kampung. Keadaan dia dah makin teruk. Tapi abang ni sakit macam mana pun dia tak pernah mengeluh, habis sangat muka dia je berkerut tahan sakit. Hari dia meninggal, pagi macam biasa orang akan ke spital. Sebelum tu kak yang jaga kat spital pesan nak datang nanti belikan pampers coz pampers abang dah nak habis. Bayangkan punya banyak farmasi yang kami masuk langsung takda saiz yang sesuai untuk abang. Orang cakap tu petanda coz orang yang nak mati rezeki dia ditarik balik. Kami berhenti sekejap, akhirnya jumpa juga walaupun waktu tu dah tengahari. 2 orang kakak jaga abang dekat spital. Bila sampai spital bagi barang dekat kakak, then pegi dekat abang, gosok2 dia tengok airmata berlinang kat mata dia. Cakap dekat dia sakit ye, jangan lupa Allah, orang kucup dahi dia. Airmata dia meleleh lagi. Sambil dia angguk2 kepala cakap sakit. Wajah abang cengkung sangat. Kak cakap pagi lagi dia tanya orang mana. Mak ngan ayah tak datang coz dia orang tak berapa sihat. Dua2 rapat ngan abang... Dua2 dok umah ngaji n nangis je. Ayah plak hari abang ninggal tu siap pakai kain batik mak walhal mak cakap selama mereka kawen ayah tak pernah wat macam tu..

Lepas jumpa abang orang kua dok kat kursi luar sebab takleh ramai tunggu. Baru 5 minit akak no.3 kuar sambil nangis n gelek2 kepala. Orang tak percaya lari masuk ward tengok doktor n nurse dah keliling katil dia. Orang meraung kat situ. Baru je jumpa dia, orang minta doktor check abang sekali lagi tapi doktor cakap 'sabar dik, memang dah takde'. Ya Allah, akak peluk orang sambil orang meraung-raung.. Allah je yang tahu sedihnya. Dah takde lagi rasa malu coz ward tu ramai. Masa jenazah abang ditolak ke bilik mayat orang ikut sekali. Rasa lemah 1 badan. Abang no 8 n yang sulung pun ada. Kami ramai 13 beradik. Arwah abang yang ke 10. 

Jenazah abang dibawak balik ke rumah waktu asar. Orang naik kereta yang bawa jenazah  abang. Sepanjang perjalanan airmata tak kering-kering. Adik-beradik dekat kl semua otw balik. Sampai kat umah, ayah tak bleh tengok jenazah abang. Dia nangis macam baby. Orang pegang n urut belakang ayah cakap 'tengokla wajah abang buat kali terkhir'. Abg pegang ayah untuk kucup jenazah arwah abg. Abang dan akak dari kl tak sempat tengok wajah arwah abang buat terakhir kali sebab mak n ayah nak abg dikebumikan cepat. Jenazah abang dah terlalu uzur. Organ dalaman abang dah banyak rosak sebab santau tu.

Kami sekeluarga memang redha dengan pemergian abang sebab abang dah lama sakit. Tapi tak sangka secepat ni. 7 hari kenduri tahlil untuk abang dibuat. Setiap malam memang penuh rumah. Malam ketiga masa tengah makan, orang tanya akak 'kita wat kenduri apa ni,' akak yang dengar terus menangis sambil peluk2 orang. Lepas tu baru orang sedar then orang plak nangis. Habis kecoh kat dapur dengar kami nangis. Memang setiap kali pejam mata nampak wajah arwah abang bercahaya dengan pakaian serba putih tersenyum dekat orang. 

Walaupun dah 13 tahun abang pergi meninggalkan kami tapi ingatan pada dia tak pernah pudar. Malah jasanya untuk keluarga masih berterusan. Setiap bulan ada habuan untuk mak n ayah coz abang amik skim pencen dari perkeso. Kiranya setiap bulan ayah n mak akan dapat elaun mereka.
Moga arwah abang akan terus aman dan tenang bertemu penciptanya... Al Fatihah....

 

1 comment:

  1. Dear everyone,
    Be careful of YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) because this man is cheating and disturbing of many people’s wives, and also cheating of Buddhist Temple (SAMNAK SAMBODHI)’s money.
    Recently, many people know in what he”yip” did, please stay far from him. He is lawyer, Datuk, MCA Chairman and etc. or everyone can research at Website “YIP KUM FOOK”
    Loh Guan Lye
    Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur

    ReplyDelete