Rose

Monday, 22 October 2012

Coklat cupcakes kukus koktel..

Hajat untuk menyediakan kek coklat kukus koktel ni dah lama. Dah baper kali dok bertangguh. Kadang bahan dah beli tapi mood nak buat plak tak ada. Nak masak ni kena ada mood barula menjadi. Hehehehehe..... Resepi ni amik dari blog member yang memang keja dia memasak je. So demi menjimatkan masa kita copy paste je dari blog dia... Jangan marah ye Atie. Dia dah rasa, katanya memang best.

Kek Coklat Kukus Keju Koktel
sumber : chef hanieliza
rujukan : kak ita, izah

Bahan A
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1/2 s/k soda bikarbonat ]

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata

Cara
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel

Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar - saya pakai serbuk gelatin
1 cawan yogurt perisa mangga - saya pakai 270gm yogurt ( 2 bekas kecil )
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan.

*** utk topping, saya guna idea kak ita untuk gantikan air agar-agar kepada gelatin.
- saya bancuhkan 1 sudu besar gelatin dengan 1/2 cwn air
- tp akan datang saya rasa elok ditambah jumlah serbuk gelatin tu.. mungkin 2 sudu besar. Hehe... semua saya copy paste.
Saya letak adunan dalam cawan kertas. Senang sikit. Dapat dalam 35 biji gak. Mula buat kul 10 malam. Bawak semua ke sekolah langsung tak tinggal untuk umah coz kat umah diaorang tak makan kek yang ditambah macam-macam ni. Makan yang basic je.
Perrggghhh... Memang tertarik, menarik la...

Sekali hadap je. Hehehe... Ada orang waktu kita pelawa buat dek, tapi bila dah rasa siap minta lagi... Hehehehe....

Lemak berkrim disukai ramai... Best sangat...
 Ada kawan-kawan yang rasa siap nak order...Terharunya... Raya ni bleh la buat. Sekali sekala tukar selera ok gakkan... Boring asyik makan benda yang sama je.......

2 comments:

  1. ohsem!mmg best..nih mesti photoshoot kat atas meja bilik guru tu kan?

    ReplyDelete