Rose


Monday, 23 July 2012

Sayur goreng jawa

Sempena bulan puasa ni, nak kongsi menu sayur goreng yang sedap. Sayur goreng jawa. Memang best sangat. Tahun lepas akak yang bersuamikan orang Johor ada buat sayur ni masa balik raya. Tapi tak berani nak makan coz ada barang dalaman ayam. Hati, pedal bagai... Mak memang tak makan benda tu nyah!! Tapi lepas tu terbaca dalam majalah tak ingat majalah apa ada resepi sayur goreng jawa. Sedap!!! First time buat, daddy makan siap bertambah. Dia makan camtu je, tak makan dengan nasi pun. Semalam waktu berbuka sekali lagi buat. Siap tambah cendawan hitam lagi sebab beli soun dan pucuk memang dah ada sekali. Alang-alang tu masukkan sekali je. Kat bawah ni bahan-bahannya.

Sayur Goreng Jawa
1 keping tempe (potong dan goreng)
2 keping tauhu (potong dan goreng)
1 biji kentang (dadu dan goreng)
1/2 batang keret (potong panjang-panjang)
1 peket sayur campur (soun, pucuk dan cendawan) - direndam sehingga lembut
udang basah
10 batang kacang buncis
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji cili kering (dimayang halus)
2 sudu isi udang kering
garam
minyak
* bawang putih ditumbuk bersama dengan isi udang kering

Cara-caranya:-
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk.
  • Setelah naik bau, masukkan cili kering yang dimayang halus
  • Masukkan sayur campur yang direndam bersama sedikit air. Tujuannya untuk melembutkan sayur tadi. Masukkan garam.
  • Setelah agak lembut masukkan kacang buncis, keret, tempe, kentang dan tauhu. Masukkan juga bawang besar yang dipotong.
  • Setelah masak, bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.
Isi undang kering yang ditumbuk bersama bawang putih

Tauhu, tempe dan kentang yang telah digoreng

Keret

Kacang buncis


Bawang besar dan cili kering


Sayur campur - soun, pucuk dan cendawan hitam



Udang

Campur semua bahan


Siap untuk dihidangkan

Sedap, rugi kalau tak cuba






Ada setengah orang masukkan pati santan tapi saya lebih suka goreng biasa sahaja. Jangan lupa mencuba tau.

No comments:

Post a Comment