Rose


Tuesday 24 July 2012

Roti Gulung Rangup

Hari ke 4 puasa rancang wat roti gulung rangup. Mujur takde kelas tuisyen. Dapatla balik awal dan siapkan juadah. Kebetulan roti gardenia ada 2 bungkus. Bulan puasa kurang laku sikit setakat mummy je wat roti bakar waktu sahur. Tu pun sekadar 2 keping saja. So plan dengan akak nak wat roti gulung. Seminggu sebelum puasa cuba wat meatloaf. Antara bahannya serbuk roti. Serbuk roti ni ada lebih lagi. Bolehla gunakan sebagai perangup roti gulung nanti. Jom intai-intai resepinya.

Roti Gulung Rangup

Bahan untuk inti:
3 biji kentang (dadu)
100gm daging
1 peket rempah kari daging
2 ulas bawang putih
Garam 
Air

15 keping roti potong
2 biji telur 
1 cawan serbuk roti (ikut keperluan)
2 sudu tepung gandum
Air
Minyak untuk menggoreng
*tepung gandum + air. Tujuannya untuk lekatkan roti supaya tak terbuka masa menggoreng.

Cara-caranya:
  • Masak inti terlebih dahulu. Tumis bawang sampe naik bau, masukkan rempah kari. Bila dah masak rempahnya masukkan daging. Gaul sebati dan tambah sedikit air serta daging. Masukkan garam dan bila dah masak ketepikan.
  • Potong kerak tepi roti. Kukus roti selama 1 minit. Ini bagi memudahkan semasa proses menggulung.
  • Setelah siap gulung, celup roti ke dalam telur dan golek dalam serbuk roti. Goreng sehingga kekuningan. Boleh dihidangkan bersama sos dan mayonis.
Inti yang telah siap dimasak

Roti yang dibuang tepinya dan dikukus sebentar

Serbuk roti

Bancuhan tepung gandum untuk melekatkan roti


Roti yang siap digulung

Dah siap, cubala!



Roti memang buat banyak coz berhajat nak bawa ke surau. Masa lepas terawih hidangkan untuk orang makan memang roti ni jadi pojaan kanak-kanak. Siap bertambah. Ulang-ulang minta. Puas rasa bila orang suka makan apa yang kita masak. Memang roti ni budak-budak suka. Nak-nak plak ada sos ngan mayonis.

Monday 23 July 2012

Sayur goreng jawa

Sempena bulan puasa ni, nak kongsi menu sayur goreng yang sedap. Sayur goreng jawa. Memang best sangat. Tahun lepas akak yang bersuamikan orang Johor ada buat sayur ni masa balik raya. Tapi tak berani nak makan coz ada barang dalaman ayam. Hati, pedal bagai... Mak memang tak makan benda tu nyah!! Tapi lepas tu terbaca dalam majalah tak ingat majalah apa ada resepi sayur goreng jawa. Sedap!!! First time buat, daddy makan siap bertambah. Dia makan camtu je, tak makan dengan nasi pun. Semalam waktu berbuka sekali lagi buat. Siap tambah cendawan hitam lagi sebab beli soun dan pucuk memang dah ada sekali. Alang-alang tu masukkan sekali je. Kat bawah ni bahan-bahannya.

Sayur Goreng Jawa
1 keping tempe (potong dan goreng)
2 keping tauhu (potong dan goreng)
1 biji kentang (dadu dan goreng)
1/2 batang keret (potong panjang-panjang)
1 peket sayur campur (soun, pucuk dan cendawan) - direndam sehingga lembut
udang basah
10 batang kacang buncis
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji cili kering (dimayang halus)
2 sudu isi udang kering
garam
minyak
* bawang putih ditumbuk bersama dengan isi udang kering

Cara-caranya:-
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk.
  • Setelah naik bau, masukkan cili kering yang dimayang halus
  • Masukkan sayur campur yang direndam bersama sedikit air. Tujuannya untuk melembutkan sayur tadi. Masukkan garam.
  • Setelah agak lembut masukkan kacang buncis, keret, tempe, kentang dan tauhu. Masukkan juga bawang besar yang dipotong.
  • Setelah masak, bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.
Isi undang kering yang ditumbuk bersama bawang putih

Tauhu, tempe dan kentang yang telah digoreng

Keret

Kacang buncis


Bawang besar dan cili kering


Sayur campur - soun, pucuk dan cendawan hitam



Udang

Campur semua bahan


Siap untuk dihidangkan

Sedap, rugi kalau tak cuba






Ada setengah orang masukkan pati santan tapi saya lebih suka goreng biasa sahaja. Jangan lupa mencuba tau.

Wednesday 18 July 2012

Ramadhan kembali

 

Pejam celik pejam celik dah sampe pun bulan ramadhan. Seronok sangat. Ni masanya untuk kita lipat gandakan amal ibadah. Bulan Ramadhan bulan yang menjanji seribu ganjaran. Sebut pase bulan puasa tak sah rasanya kalau tak disertakan dengan juadah kegemaran istimewa ayam percik. Memang dari kecil lagi ayam percik akan jadi menu utama sebab ayah tahu anak dia sorang ni memang payah sikit nak makan tapi kalu dapat ayam percik bukan main berselera lagi. Minuman plak tentulah laicikang. Memang puas kalu dapat. Tapi lagi sedap kalu amik yang suam. Gambar kat bawah ni amik dari google untuk kongsi-kongsi je



Saturday 14 July 2012

Cuti-cuti Malaysia

        Hanya nak kongsi dengan kawan-kawan gambar masa bercuti dengan teman-teman sekerja. Seronok sangat dapat tenangkan fikiran di pulau lagenda. Asalnya hanya cuti-cuti badget tapi dah tukar over badget. Biasala kalu dah ke Pulau Langkawi. Taksah rasanya kalu tak beli coklat, pinggan mangkuk and kain batik.

       Bermalam di Aseana Hotel, Pantai Cenang.. Sempatla berenang sekejap dekat dia punya pool sebelum balik bagi melepaskan gian sorang teman tu yang dari awal kaki pijak jeti asyik nak mandi kolam dan laut. Akhirnya tertunai juga walaupun rupa tak ubah macam dugong naik pantai sebab kami tak tahu berenang. Hehehehe...

      Tapi yang penting dapat lepaskan tekanan kerja sambil enjoy-enjoy dengan diaorang. Lepas ni nak plan lagi cuti-cuti badget. Harap tak over badget macam kat Langkawi.