Rose


Saturday 26 March 2011

Pizza!!!..

Hari khamis dapat tempahan dari Detektif Conan Bunga... Hehehe... Nama timangan tok si Nan... Nak pizza hari sabtu 1 biji saiz kecil.. Ingat nak tolak je coz sikit sangattt.... Bukannya tak sudi buat tapi setengah kilo tepung leh buat tok 3 biji pizza. 1 kecil and 2 large.. Kalu dia nak kecil je dah tu satu plak, susahla. Tapi mungkin dah rezeki, pagi tadi dapat call dari si Conan ni nak pizza 3 biji. 1 kecil and 2 besar... Wahhhh, selesai keje mak, nyah... Tak payah pening kepala lagi u...

Operasi mengadun doh bermula jam 12 tengah hari lepas tolong assistant chef gunting kain tok wat scallop bilik meting... Bahan2 lain dah memang ready.. Lepas uli, perap kejap dohnya dalam 45 minit sempatla tengok citer kat tv9.. Drama Calon Mertua lakonan Kartina Aziz. Seronok jugak... Lucu... Pukul 1.30 start mencanai dan misi membakar pizza pun bermula.. Baru je masuk pan pertama, Detektif Conan dah call tanya dah siap lum... Jawapannya tentulah tidak, baru je masuk oven... Janji ngan dia dalam 2.30... Memang tepat 2.30 3 biji pizza siap masak... Daddy plak kua masuk dapur... Nak tunggu pizza la tu tapi bancuh memang cukup2 tok tempahan je.. Tak lebih... Lepas ni kita wat len ye... Memang tak reti jemu...

Jom tengok pizza yang kite buat kat bawah ni.........
Ni large saiz....

Dah masak.... Baunya cukup menyelerakan... Satu rumah bleh bau... Bau jela rasa xbleh... Hehehe

Siap untuk tempahan... Large saiz punya....

Yang ni plak small saiz tapi besar dari small saiz pizza hut...

Dah siap tempahan ni leh la nak rehat sekejap... Pejamkan mata...

Friday 25 March 2011

Roti badam....

Bangun pagi ni dok merencanakan petang ni try wat roti apa pulak.. Teringin nak wat pretzel tapi salah satu bahannya tak ada so terpaksalah abaikan... Memang sedihla jugak... Harap sangat cuti-cuti ni dapat wat pretzel... Dah lama tak makan pretzel.. Auntie Ann... Selalunya beli dekat Jusco Perda setiap kali ke maktab. Tu pun ke Jusco sebab nak belikan barangan wajib K.Shimah.. Tapi kali ni tak berkesempatan plak.. Jadual kelas terlalu padat... Puas belek bahan2, teringat nak wat roti badam... Ritu dah buat bawak bagi kengkawan rasa. Tak puas rasanya makan roti badam... Kali ni tukar sikit bahannye.. Kalu yang sebelum ni letak kismis kuning hari ni letak kismis hitam... Yang penting rasanya tetap sama..
Jom tengok bahan2nya...

Roti Badam

Bahan-Bahan
1 1/2 sudu teh yis kering aktif
1/4 cawan air suam
3/4 cawan mentega (dilembutkan)
1/3 cawan susu segar
1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula
4 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen badam
1 cawan kismis kuning
4 3/4 atau 5 cawan tepung gandum serbaguna
Cara Cara

  • Larutkan yis bersama air suam.
  • Bancuh yis yang sudah larut bersama mentega, gula, susu, garam, kuning telur, esen badam dan kismis.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan uli hingga menjadi doh.
  • Bubuh doh didalam mangkuk, tutup dengan kain dan biarkan doh selama satu jam sehingga naik sekali ganda.
  • Tumbuk doh dan bahagia dua.
  • Uli di atas papan canai yang bertepung.
  • Leperkan sebulat 20cm dan letakkan di atas dulang bulat.
  • Biarkan naik sekali ganda.


Bahan Hias Atas
1/3 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
1/2 cawan badam kisar
1 1/2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar mentega, dicairkan
1 biji putih telur, dipukul dengan sedikit air untuk mengglis
1/2 cawan badam hiris untuk menghias sedikit gula serbuk

Cara membuat Hias Atas
  • Pukul gula, esen vanila dan telur. Masukan badam kisar, tepung jagung dan mentega cair.
  • Sapu putih telur ke atas doh yang sudah naik dan ratakan bahan hias atas.
  • Tabur badam hiris dan bakar pada 180darjah C/ 360darjah F, selama 30minit sehingga kuning keemasan.
  • Ayak gula serbuk ke atas roti yang sudah sejuk.Potong sebelum dihidangkan.

Gambar sisi 

Dah siap.... Memang lembut dan sedap sangat dari yang mula buat dulu..


Cuma yang  geramnya kali ni berkerak and garing sikit... Puncanya Farhan!!!!!... Pesan suruh letak kat atas lepas pusing dulang... Sekali tengok dia pusing je tapi biarkan dekat bawah.. Memang sahla terlebih garing... Sebagai balasan kepalanya kena tunjal... Mujur lembut rotinya.... Memang puas buat... Cuba la... Sekejap je... Pastu sambil tengok tv minum dengan nescafe panas... Memang sedap sangat!

Sunday 13 March 2011

Roti untuk Qilah and K.Shimah....

Semalam tido awal dengan harapan bangun awal and siapkan roti tok K.Shimah before ke Penang.. Sekali terjaga dah pukul 6 pagi. Tak sempatla citer dia... Kalu awal sure leh siapkan... Kul 8 bertolak sampe kat Bukit Mertajam 8.45pagi... Selesai apa yang patut then kul 10.15 bertolak balik... Sampe dekat town dah kul 11. Alas perut dulu kat Restoran Mama.. Then antar kawan kat umah dia. Balik rehatkan badan sekejap pastu mula operasi tok siapkan tempahan....

Roti yang belum dibakar....

Sebenarnya pusing doh ni banyak kali, tapi bila dah mengembang dia jadi macam ni la plak... Cam reben je....
Bila dah siap bakar macam ni la rupanya....
Emmm...... harap Qilah and K.Shimah berpuashati.... maklumla hamba budak baru belajar... Ewahhhhh.... Lepas ni kita buka kelas wat roti plak ye.... Adeh, nak kena tido awal. Sok dah nak berangkat... Meninggalkan oven selama seminggu.... Sayonara.... Huhuhu....


Saturday 12 March 2011

Lepat bunga chi cha@chi chap...

Tak tahu mana satu betul tapi kitaorang memang panggil bunga chi chap.. Tapi semalam masuk paper Sinar dia tulis situ bunga chi cha.. Tak kisahla apa pun janji bunganya sama. Ingat lagi masa kecik2 dulu lepas subuh kitaorang ramai2 dengan sepupu2 merentas hutan tok cari bunga ni... Memang cantik sangat bila dia jatuh bertaburan dekat atas rumput dan pokok2 berdekatan. Rasanya sedap dan wangi.. Bila balik umah mummy amik bunga tu dan buang tangkainya.. Jemur sampe kering or terus je bland tok dijadikan ramuan lepat liat. Kalu jemur bleh simpan.. Wat serbuk. Kiranya lepas ni leh la wat lagi...

Ni la rupanya bunga chi cha@chi chap...

Yang tu dah siap dibuang tangkai oleh mummy.. Tiap2 pagi si Farhan nek motor g kutip kat tepi sungai... Pokok yang dulu2 kutip ngan kakak ang cousin tak tahula ada lagi ke tak... Dalam hutan, kena lalu kat kubur plak tu.. Pokok yang ni tepi jalan je.. Macam bunga sakura pun ade gak bentuknya..


Mummy nak jemur tok stok wat lepat nanti.. Abang2 and kakak2 memang suka makan lepat bunga. Tak perlu lagi letak gula merah, cuma letak gula putih je... Bunga ni dah bagi warna kat lepat tu.. Lepas habis buang tangkai, mummy suh amik daun pisang tok wat lepat. Kak wan pun mula parut kelapa tok masak kepala santan sampe pecah minyak...



Bunga chi chap yang dibland... Bunga yang segar, kalu yang jemur kering lagi senang tak payah bland sebab pake serbuk je.... Campur sekali ngan tepung pulut n kepala santan..


Bunga yang siap dibland.......

Campur sume bahan, maka jadilah adunan macam ni.. Apa lagi, sedialah untuk membungkus... Daun pisang jangan lupa.. Chef Wan kita dah makin advance sekarang, daun pisang tak payah layur api lagi, men iron ja... Hehe... cepat sikit... Dulu nak makan lepat punya la seksa. Mana nak kukur kelapa, dah tu nak layukan daun pisang nak kena nyalakan api besar. Bau asap api melekatkan kat badan tak payah cerita la.. Sekarang semuanya mudah...  Tekan plug je, semua siap...

Adunan lepat
Daun pisang untuk membungkus

Ok puan-puan, macam ni caranya nak bungkus lepat ye... Demo oleh Chef Wan... Hehehe..


Dah banyak nanti blehla kukus... Emmmmm yummy.... tak sabar nak tunggu masak....

Dah masak nanti blehla makan ngan nescafe panas... Uhhh mak ai... nikmat giler.... Sok nak p maktab nak bawak bekal la... 

Tadaaaa..... Ni la rupa lepat yang dah masak.... Sedapkan.... 2 lapis pengukus penuh dengan lepat tapi bangun pagi tadi tengok tinggal 1 lapis je lagi... Selapis lagi dah kena korban semalam...

Spagheti goreng ala-ala jimat..

Petang ni dok ngadap tv tengok citer hindustan kat tv silih berganti chanel perut berbunyi minta diisi. Nak makan nasi tak teringinla plak. Jengok ke dapur intai-intai bahan apa yang bleh dijadikan makanan. Sekali tengok ada spagheti da... Kebetulan plak beli daging salai dekat Qilah yang masih belum terusik. Ada chance ni... Penah tengok dekat chanel AFC Jamie Oliver masak spagheti ngan cendawan. Tengok dalam laci ada cendawan butang je.. Belasah jela.. Lepas asar mula operasi. Rebus spagheti, potong bawang, cendawan and daging salai.. Ready untuk gamatkan dapur.. Mummy tanya masak apa? Orang nak masak spagheti goreng. Kenapa tak makan nasi, gulai ketam dengan nenaskan ada.. Kadang-kadang mummy bising, jarang sangat makan nasi kat umah. Puas suruh tapi kalu ulam ada terutama daun putat, ulam raja and gajus sure makan punya.. Semalam makan juga nasi sebab ada kerabu belimbing ngan ikan rebus.. Nanti bleh kongsikan resepi kerabu belimbing buluh tu..

Bahan tok spagheti goreng...
Daging salai
Cendawan butang
Bawang besar
Bawang puteh
Lada hitam
dan semestinyalah bahan utama dia adalah spagheti.....
Goreng daging salai sampe garing, masuk bawang, cendawan, lada hitam dan spagheti. Jangan lupa garam sekali. Kebetulan ada mix vege.. Letak sekali dalam tu bagi nampak meriah..


Siap juga akhirnya spagheti goreng ala-ala jimat. Sedap juga.. Cubala... Tambah minum dengan air limau.. Memang sedap sangat... Air limau tu letak garam sikit lagi best. Limau plak dari pokok yang mummy tanam tepi umah.. Nak guna petik je. Walaupun tak banyak tapi lepas la tuk wat sambal belacan, makanan wajib daddy..
Satu lagi bahan penambah sedap, sos kicap cili padi. Memang sentiasa ada dalam freezer. Kat umah jarang makan bihun goreng letak cili giling. Selalunya wat bihun goreng singapore so sos ni wajib ada... Blehla makan dengan spagheti goreng den ni... Sodap jugak ghasonyo... Cubola...
Nak tahan lama sos ni blehla masak sikit. Tapi selalunya tak tahan bukan sebab basi tapi tak tahan sebab cepat habis... Hehe...

Saturday 5 March 2011

Baru siapkan tempahan roti...


Penatnya... Tadi sempat siapkan tempahan roti untuk anak buah bawa balik ke asrama... Lepas sarapan dan kemas rumah kua ke town cari bahan... Balik umah dah pukul 1. Siapkan bahan dan doh... Pukul 2.30 mula menguli. Pukul 5.30 siap juga akhirnya 92 biji roti yang ditempah. Tak sempat nak amik gambar untuk dikongsikan tapi memang seronok tengok dulang silih berganti di dalam oven. Mummy and daddy pun tumpang sekaki packing roti yang dah siap masak. Si kecik Mejan minta duit dari ayahnya nak beli roti dari maksu, tak berani nak amik free katanya.. Hehehe..Maknya ajak ke asrama menjengok si abang yang memesan roti pun tak nak coz 'adik nak wat roti dengan cu katanya'..

Friday 4 March 2011

Seharian di Stadium Darulaman bersama pelajar...

Walaupun penat dan muka perit terbakar panas tapi seronok sebenarnyer dapat memberi sokongan kat student waktu diaorang di padang... Kalah menang tu dah adat tapi bila tengok semangat diaorang rasa terharu gak... Sebagai cikgu, tu jela mampu buat. Sekadar bagi sokongan kat student.